Assalammualaikum Dunia... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... Tiap kali pi Johor Pak Faiq dok menyebut je tempat makan mana yang jual Sup Tulang Merah.. puas menggoogle tapi still tak jumpa... Last-last Mak Tok bagitau kawan dia masak Sup Tulang Merah sedap... Apalagi Pak Faiq pun suruh Mak Tok mintakkan resipi Sup Tulang Merah untuk masak bagi tetamu makan masa Hari Raya Kedua tempoh hari...😋😋😋
SUP TULANG MERAH MENGGUNAKAN REMPAH MAK SITI MENJADI SAJIAN DI HARI RAYA KEDUA
Sebenarnya sebelum ni masa kitorang balik Johor Mak Tok pernah masakkan sekali...saja buat surprise kat anak menantu dia... masa ni kitorang tak tau pun dalam resipi ni ada guna rempah sup Mak Siti... Masing-masing makan siap bertambah-tambah lagi... Makin dipanaskan, Makin pekat ,Makin meresap rasa rempah sup dalam Tulang kambing tu...
Time call mintak resipi kat Mak Tok siap tekankan "ko guna rempah sup Mak Siti tau!!! ...bila dengar Mak Tok cakap terus terdetik dalam hati "patut pun Sup Tulang Merah kawan Mak Tok sedap...campur rempah sup Mak Siti rupanya"... Tak dinafikanlah ramai orang komen rempah Mak Siti ni sedap Dan umphhhh...
Bahan Merebus Tulang
3 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
Air secukupnya untuk merebus daging
3 inci halia ~ di ketuk
3 batang serai ~ di ketuk
3 bungkus sup bunjut
Kaedah Merebus Tulang
Cuci tulang bersih-bersih
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya
Masukkan, serai, halia, dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada tulang empuk.
Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut.
Asingkan tulang dari serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.
ketepikan
Sekarang kita sediakan bahan-bahan untuk rempah cili pula
Bahan Rempah Cili
a. Rempah Tumis
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
b. Bahan Kisar Halus
1/2 kg bawang besar
3 senduk cili kering
7 biji buah tomato
c. Bahan Tumis
1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
1 botol kecil sos cili
1 buku gula melaka
3 bungkus kecil rempah sup Mak Siti
2 bungkus kecil rempah kurma
Ok dah siap dah semua bahan-bahan yang kita perlukan, sekarang boleh lah kita mulakan proses memasak.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan b dan c sehingga garing dan naik minyak
Rempah cili kita dah pun siap, sekarang kita bolehlah mulakan proses untuk memasak sup tulang merah pula
Kaedah menyediakan sup tulang merah
Panaskan semula sup dan masukkan semula tulang kedalam sup
Masukkan rempah cili yang telah dimasak tadi
Kacau rata dan biarkan hingga didih
Dalam resipi ni tak gunakan pewarna... Kalau nak bagi warna gunakan lebih buah tomato blend...jangan guna tomato puree banyak sangat nanti sup jadi masam😅😅
Perasakan dengan secukup rasa dan garam
Biarkan didih
Masukkan bawang goreng
Akhir sekali masukkan telur yang telah di kocok
Biarkan kuah mereneh
Sedia di hidangkan bersama roti atau nasi @ mee
SELAMAT MENCUBA!
Psttt korang yang nak beli rempah Mak Siti boleh dapatkan di pasaraya seperti HeroMarket, UO Superstore, SOGO, Maslee dan pasaraya terpilih di gambar dibawah ini...
FB Page : Rempah Ratus Mak Siti
IG : @rempahratusmaksiti
Website : http://www.maksiti.com
Whatsapp : 017-330 9330
IG : @rempahratusmaksiti
Website : http://www.maksiti.com
Whatsapp : 017-330 9330
Wassalam
wow sedap tue
ReplyDeletePergggh.. sup tulang mmg sedap.. Fiza pun guna rempah mak siti kalau nak masak sup.. Done follow sini juga..
ReplyDelete