KULIT LEBIH LEMBUT DAN MULUS DENGAN NIVEA SKIN DELIGHT BODY MILK
Assalammualaikum Dunia...Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.
Sebagai contoh, Cleopatra, ratu
terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk
mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah
dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan
wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan kecantikan eksotik yang
diamalkan oleh wanita di negara-negara yang lain seperti mandian Turki atau
Hammam yang amat popular di Maghribi. Setelah memasuki alaf baru, golongan
wanita kini boleh memanjakan diri mereka dengan perkhidmatan spa pada harga
yang berpatutan, ia masih lagi dianggap sebagai satu kemewahan bagi
wanita-wanita yang mahukan diri mereka dibelai laksana seorang ratu, dari
hujung rambut ke hujung kaki. Terutamanya bagi mereka yang sibuk dengan urusan
kehidupan serta berkerjaya.
Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah
produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA,
memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda
semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan
kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang
membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.
Ditakrif sebagai rawatan
terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal
keanjalan dan seri kepada permukaan kulit anda bermula dari dalam. Kulit akan
menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung dalam minyak tanpa
berasa melekit, kerana NIVEA Skin
Delight mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam
bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.
Seperti minyak badan, susu juga
diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Sejak berabad lamanya,
golongan wanita sering menggunakan susu segar sebagai bahan mandian selain air
bagi mengekalkan kecerahan kulit mereka. Ini kerana kandungan asid laktik yang
terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati,
lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan
halus untuk tumbuh. Susu ini juga mengalir lembut di atas kulit apabila ia
dioleskan lantas menjadikan kulit anda lembut dan berseri-seri. Bagi memberi ketenangan kepada
jiwa dan minda setelah seharian bekerja,
“body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak yang diekstrak
dari bunga mawar dan juga lavender.
“Kulit yang lembut, berseri dan mulus
adalah idaman setiap wanita,” Kata En.
Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu
keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan
golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka
tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.”
Bunga mawar bukanlah satu bahan
asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara
sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian
mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan
menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian
mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu
mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.
Selain itu, lavender atau nama
saintiifknya Lavandula Angustifolia
juga mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis
tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh
didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan
pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah
digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan
stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta
kekeringan pada kulit.
Mengaplikasikan
formula hebat “body milk”, sejenis emulsi berbentuk air di dalam minyak yang
telah dipelopori oleh NIVEA di dekad
1980-an, penggabungan ini telah mewujudkan sebuah rawatan badan yang penuh
dengan kenikmatan serta mudah untuk dioles pada badan pada bila-bila masa yang
anda idamkan.
“Memanjakan tubuh bak seorang ratu itu bukanlah
satu keistimewaan – ia adalah hak bagi
setiap wanita untuk dinikmati,” En. Ng Hock Guan,Pengurus Negara
bagiBeiersdorf Malaysia & Singapura menambah. “Sebagai sebuah jenama yang
memahami kehendak serta keperluan wanita, kehadiran NIVEA Skin Delight ini
pastinya akan memberi manfaat kepada para wanita moden yang mahukan diri mereka
dimanja sebaik mungkin sewaktu mereka meluangkan masa untuk diri sendiri.”
Mulakan ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas anda
menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang mewah
ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda
merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke
seluruh tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak
terhingga pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik
di mana ia meliputi tubuh serta minda.
Dengan
dua wangian yang lembut untuk dipilih – Glowing Rose yang memberikan kulit anda
wangian feminine dan Relaxing Lavender yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin Delight terdapat dalam dua
saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi
saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz
400ml.
Wassalam
No comments: