MUDAHNYA BAYAR BAKI PEMBIAYAAN PTPTN MELALUI I KWSP

June 29, 2019

Alahai senang je rupanya nak bayar baki pembiayaan PTPTN melalui I KWSP…  Bulan lepas sajalah cek baki terkini akaun 2 KWSP, then cari balik emel lama-lama yang pernah contact dengan Pegawai PTPTN…  Lepas dapat contact tu mintak tolong Pegawai PTPTN cekkan berapa baki pembiayaan PTPTN untuk diploma… Alhamdulillah, memang ngam-ngam je duit KWSP dengan baki pembiayaan PTPTN, so minggu lepas terus proceed untuk settlement…

BAYAR BAKI PEMBIAYAAN PTPTN MELALUI I KWSP

bayar baki pembiayaan PTPTN melalui I KWSP,  cek baki pinjaman PTPTN, SETTLEMENT PTPTN, Bayar PTPTN online
Bagi kami kaum yang bekerja dan gaji macam paras-paras hidung bolehlah gunakan alternatif ni... sekurang-kurangnya bayar juga walaupun lambat...almaklumlah nak kumpul sampai duit KWSP cukup agak makan masa... Benda boleh bayar guna KWSP kenapa nak guna Cash KAN...hahahaha....TAPI...pastikan korang habis belajar tau baru boleh bayar melalui KWSP akaun 2...
Transaksi ni dilakukan melalui whatsapp je… Pegawai PTPTN tu nama dia Asma.. rupanya junior masa dekat Uitm KBM dulu…hiihihihi… Dia tolong buatkan melalui online… First dia tolong mohonkan guna ID PTPTN, lepastu masukkan NO IC PEMINJAM… Masa nak teruskan tu perlu request TAC CODE… time ni kite kena alert sebab TAC CODE dihantar ke nombor telefon peminjam then kena bagi TAC CODE dekat Pegawai PTPTN… lepas masukkan TAC CODE boleh terus klik icon TERIMA… settle dah tunggu sms dari KWSP untuk THUMBPRINT… Asma pesan tak perlu bawak surat penyelesaian..perlu bawa transkrip dan scroll Diploma je… kite risau dah sebab dedua tu lupa letak mana…huhuhu…
Tunggu punya tunggu dekat seminggu takde pun sms KWSP… Macam tak sedap hati time tu ...Log in I kwsp cek baki akaun 2 dah ditolak… terus whatsapp Asma minta tolong cekkan baki pembiayaan PTPTN Diploma… Asma bagitahu baki Diploma dah takde… Fuh lega rasa… Rupanya, Asma bagitahu kalau before ni pernah bayar pinjaman melalui I KWSP jadi untuk penyelesaian baki pembiayaan juga tak perlu pergi dah KWSP…  Seriuslah?... senang giler kot… sekelip mata je settle… hihihihi…
Seronok kot dah selesai satu hutang belajar… Alhamdulillah… Asma bagitahu untuk pembiayaan degree ada tertunggak… kite balas tunggu duit KWSP penuh balik nanti kite bayar yer… hohohohoho…  Nampaknye lambat lagilah nak jadi fully housewife ni…hahahaha… Papepun thank you Asma memudahkan urusan kite… 


Wassalam

You Might Also Like

1 Luahan Hearty

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);