ILTIZAM ANAK SELANGOR AKA ANAS YAWAS PENGGANTI TAWAS

  

Hi know know dah 2024... pantas sangat masa berlalu... lama dah tak terhapdate blog ni...huhuhu... Kali ni MD nak share satu berita baik kepada warga Selangor dan yang bermastautin lebih 10tahun di Selangor serta melahirkan anak di Selangor... Korang pernah dengar TAWAS @ Tabung Warisan Anak Selangor tak?.. Suatu masa sebelum 2020, kerajaan Selangor ada mewujudkan satu tabung yang diberi nama TAWAS @ Tabung Warisan Anak Selangor... Akan tetapi TAWAS dihentikan pada September 2020 (masa ni ngam2 Mysha lahir so memang tak sempat apply)...hohoho... 

ILTIZAM ANAK SELANGOR AKA ANAS YAWAS PENGGANTI TAWAS

sumber google


Yang menariknya ia diwujudkan semula untuk anak-anak Selangor yang lahir bermula tahun 2022... So bagi korang yang bermastautin atau anak jati Selangor dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2022, peluang untuk apply sangatlah tinggi... Rugi tau kalau tak apply...  >>> APPLY DISINI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Anak lahir bermula tahun 2022 DAN
  • Warganegara Malaysia DAN
  • Anak lahir di Selangor DAN
  • Penjaga menetap di Negeri Selangor DAN
  • Penjaga merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.DAN
  • Beberapa dokumen sokongan diperlukan..semuanya isi online sahaja... boleh klik link (apply disini).... 

Rezeki Faiq & Hazieq dapat manfaat menjadi ahli TAWAS & ILTIZAM Anak Selangor... Cepat-cepat korang register sebelum terlambat... heheeheh...


Wassalam
ILTIZAM ANAK SELANGOR AKA ANAS YAWAS PENGGANTI TAWAS ILTIZAM ANAK SELANGOR AKA ANAS YAWAS PENGGANTI TAWAS Reviewed by MasturaDin on April 19, 2024 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.