SUP TULANG MERAH BONDA MENGGUNAKAN REMPAH SUP MAK SITI

June 10, 2019


Assalammualaikum Dunia... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... Tiap kali pi Johor Pak Faiq dok menyebut je tempat makan mana yang jual Sup Tulang Merah.. puas menggoogle tapi still tak jumpa... Last-last Mak Tok bagitau kawan dia masak Sup Tulang Merah sedap... Apalagi Pak Faiq pun suruh Mak Tok mintakkan resipi Sup Tulang Merah untuk masak bagi tetamu makan masa Hari Raya Kedua tempoh hari...😋😋😋

SUP TULANG MERAH MENGGUNAKAN REMPAH MAK SITI MENJADI SAJIAN DI HARI RAYA KEDUA

Rempah sup Mak Siti, resipi sup tulang Merah Mak Siti, Rempah ratus Mak siti

Sebenarnya sebelum ni masa kitorang balik Johor Mak Tok pernah masakkan sekali...saja buat surprise kat anak menantu dia... masa ni kitorang tak tau pun dalam resipi ni ada guna rempah sup Mak Siti... Masing-masing makan siap bertambah-tambah lagi... Makin dipanaskan, Makin pekat ,Makin meresap rasa rempah sup dalam Tulang kambing tu... 

Time call mintak resipi  kat Mak Tok siap tekankan  "ko guna rempah sup Mak Siti tau!!! ...bila dengar Mak Tok cakap terus terdetik dalam hati "patut pun Sup Tulang Merah kawan Mak Tok sedap...campur rempah sup Mak Siti rupanya"... Tak dinafikanlah ramai orang komen rempah Mak Siti ni sedap Dan umphhhh...


Rempah sup Mak Siti, resipi sup tulang Merah Mak Siti, Rempah ratus Mak siti


Bahan Merebus Tulang 

3 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
Air secukupnya untuk merebus daging
3 inci halia ~ di ketuk
3 batang serai ~ di ketuk
3 bungkus sup bunjut 

Kaedah Merebus Tulang

Cuci tulang bersih-bersih
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya
Masukkan, serai, halia, dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada tulang empuk.
Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut.
Asingkan tulang dari serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.
ketepikan

Sekarang kita sediakan bahan-bahan untuk rempah cili pula

Bahan Rempah Cili

a. Rempah Tumis

2 batang kulit kayu manis 
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang


b. Bahan Kisar Halus

1/2 kg bawang besar

3 senduk cili kering
7 biji buah tomato 

 c. Bahan Tumis

1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
1 botol kecil sos cili
1 buku gula melaka
3 bungkus kecil rempah sup Mak Siti
2 bungkus kecil rempah kurma


Ok dah siap dah semua bahan-bahan yang kita perlukan, sekarang boleh lah kita mulakan proses memasak.

Kaedah menyediakan cili

Panaskan minyak dan tumiskan bahan b dan c sehingga garing dan naik minyak

Rempah cili kita dah pun siap, sekarang kita bolehlah mulakan proses untuk memasak sup tulang merah pula

Kaedah menyediakan sup tulang merah





Panaskan semula sup dan masukkan semula tulang kedalam sup
Masukkan rempah cili yang telah dimasak tadi
Kacau rata dan biarkan hingga didih
Dalam resipi ni tak gunakan pewarna... Kalau nak bagi warna gunakan lebih buah tomato blend...jangan guna tomato puree banyak sangat nanti sup jadi masam😅😅
Perasakan dengan secukup rasa dan garam
Biarkan didih
Masukkan bawang goreng
Akhir sekali masukkan telur yang telah di kocok
Biarkan kuah mereneh
Sedia di hidangkan bersama roti atau nasi @ mee

SELAMAT MENCUBA!


Psttt korang yang nak beli rempah Mak Siti boleh dapatkan di pasaraya seperti HeroMarket, UO Superstore, SOGO, Maslee dan pasaraya terpilih di gambar dibawah ini...

Rempah sup Mak Siti, resipi sup tulang Merah Mak Siti, Rempah ratus Maksiti


FB Page : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti

Website : http://www.maksiti.com

Whatsapp : 017-330 9330



Wassalam

You Might Also Like

2 Luahan Hearty

  1. Pergggh.. sup tulang mmg sedap.. Fiza pun guna rempah mak siti kalau nak masak sup.. Done follow sini juga..

    ReplyDelete

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);