DUA MANFAAT DALAM SATU BOTOL DENGAN DASHING DEO + PERFUME KELUARAN TERBARU DASHING

Assalammualaikum Dunia... Menjadi idaman setiap kaum Adam untuk memulakan hari mereka dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan lebih yakin dan bersemangat. Penggunaan wangian dan deodoran sangat dititik beratkan oleh kaum Adam bagi mengelakkan bau badan ketika dan selepas beraktiviti.

PEK JIMAT DENGAN DASHING DEO + PERFUME


dashing deo + perfume, deodoran wangian, dashing, harga dashing deo + perfume

Kebiasaannya bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar kerana kaum Adam perlu menggunakan 2 produk dalam satu masa!

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Sesetengah mereka tidak
menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat kerana kos minyak wangi yang lebih
tinggi.

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk
untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

dashing deo + perfume, deodoran wangian, dashing, harga dashing deo + perfume


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin
tahan lama untuk memastikan kaum Adam berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING
DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, bersamaan 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN! Sangat jimat bukan!

Kaum Adam kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY
SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi:

HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kickmenyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

 SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


DASHING DEO + BODY SPRAY direka dalam botol semburan pam bersaiz 120ml
pada harga RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya
utama, pasaraya hyper serta secara online.


Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari:-

Facebook DASHING >>> https://www.facebook.com/Dashing.MY/ 
Instagram DASHING >>> https://www.instagram.com/dashing_my/       



Wassalam
DUA MANFAAT DALAM SATU BOTOL DENGAN DASHING DEO + PERFUME KELUARAN TERBARU DASHING DUA MANFAAT DALAM SATU BOTOL DENGAN DASHING DEO + PERFUME KELUARAN TERBARU DASHING Reviewed by MasturaDin on July 14, 2019 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.