CARA MEMBAYAR TUNGGAKAN PTPTN MELALUI PENGELUARAN KWSP

by - November 11, 2015

CARA MEMBAYAR TUNGGAKAN PTPTN MELALUI PENGELUARAN KWSP

ptptn, kwsp, tunggakan, ujrah,CARA MEMBAYAR TUNGGAKAN PTPTN MELALUI PENGELUARAN KWSP


Assalammualaikum Dunia...

Hari Sabtu lepas mase tengah dilanda kedemaman, tibe-tibe muncul surat yang paling ditakuti dalam hidup.. hahahaha.. sekali tengok jumlah tertunggak.. MasyaALLAH...Fengsannn rase.. dahlah peringatan ketiga.. kuikuikui


Ok, diakui seaku akunya, perasaan mase tu cemas yang amat baq ang.. hahahaha..mase berhutang tak beringat.. lani nak bayaq tak cukup modal pusingan..padan muke den..hohoho.. bukan ape risau name tersenarai dalam CCRIS je..matikkklah mak noks..huahuahua...

Lepas berdoa panjang, Alhamdulillah, ALLAH temukan jalan penyelesaian..hehehe.. pukul 5.13 pagi 8 Nov 2015 digerakkan hati untuk private message dekat page PTPTN ... Dalam pukul 9.05 pagi, pegawai PTPTN reply... Tanpa berlengah MD pun reply bagi details yang diminta...

 ptptn, kwsp, tunggakan, ujrah,CARA MEMBAYAR TUNGGAKAN PTPTN MELALUI PENGELUARAN KWSP

Pukul 13.39pm, dapat mesej dan whatsapp daripada Pegawai PTPTN daripada cawangan Penang... 

ptptn, kwsp, tunggakan, ujrah,CARA MEMBAYAR TUNGGAKAN PTPTN MELALUI PENGELUARAN KWSP


cawangan ptptn shah alam


Ini antara isi perbualan kami.. sebelum ni MD pernah terbaca kalau surat agreement kite hilang boleh request balik dengan PTPTN tapi akan dicaj RM90.. Alhamdulillah bile MD tanye pegawai tu dia jawab tak kena caj.. hehehe.. So bile dia dah emelkan surat pengesahan baki dan salinan surat agreement kepada pegawai PTPTN Cawangan Shah Alam, MD pun ajak adik tolong hantar ke bangunan MRCB untuk ambil dokumen dekat sana... tak payah ambil nombor terus pi ke kaunter cari Pegawai yang dipertanggungjawabkan pass dokumen tu dekat MD.. 

Settle dekat PTPTN, terus berdesup ke KWSP dekat bangunan UMNO... Sampai situ, MD cakap je dekat pegawai yang jaga nombor, nak buat bayaran PTPTN melalui potongan KWSP.. Nanti dia akan bagi 1 form untuk diisi.. Isi page depan je, pastu jumpe dia balik ambil nombor giliran... 

Sampai giliran, pegawai kat kaunter akan mintak IC, salinan sijil tamat belajar (skroll), surat pengesahan baki dan salinan surat perjanjian (yang ambil dari PTPTN)..** sijil tamat belajar kena fotostat siap-siap.. Pegawai tu akan cekkan baki kita dalam akaun 2.. so terpulang pade kita nak buat pengeluaran berapa banyak.. kalau rase akaun 2 hanya cukup bayar tunggakan, so just bagitau jumlah tertunggak je.. Last sekali, pegawai tu akan bagi 1 salinan surat pengesahan borang anda sedang diproses (tak ingat nama surat..hehehe) dekat kita.. dan dia cakap akan inform melalui mesej bile pengeluaran KWSP kita mendapat kelulusan... 

Alhamdulillah... tak sampai sejam pun semua proses sudah settled.. Lepas duit daripada KWSP masuk penyata PTPTN , pegawai PTPTN Cawangan Penang akan tolong restructure balik pinjaman MD.. Nak jadikan yang diploma daripada 3% kepada 1% .. UJRAH... bermakna akan ade surat perjanjian baru untuk ditandatangani.. Kalau dah berjaya convertkan ke UJRAH, MD akan sharekan dengan semua yer.. :)

***JOM BEBASKAN DIRI DARIPADA HUTANG DENGAN MENYIMPAN EMAS 1GRAM 1KELUARGA 1BULAN...

Berminat untuk menjadi goldsaver??.. whatsapp 0136078305.. MD akan membantu anda.. :)

Wassalam




You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. bagus juga cara ni..nak buat juga laa...

    ReplyDelete
  2. Ok juga settlekan PTPTN gunakan wang KWSP. Sebab kadang rasa nak keluarkan duit poket dalam tangan sendiri ada banyak kekangan. New solution :)

    ReplyDelete
  3. Good info... Sharing is caring.. Thank you, MD (:

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (71) kisah aku (67) review (58) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)