MUDAHNYA BAYAR PTPTN DENGAN i-AKAUN KWSP


Assalammualaikum Dunia... Entri hari ni MD nak share dengan korang macammana untuk bayar PTPTN guna i-Akaun KWSP...  Before ni MD pernah share CARA BAYAR PTPTN MELALUI PENGELUARAN KWSP SECARA MANUAL , so entri kali ni MD share kan cara bayar PTPTN secara e-pengeluaran melalui i-akaun KWSP...

CARA BAYAR PTPTN MELALUI E-PENGELUARAN i-AKAUN KWSP

i-Akaun KWSP, bayar ptptn guna i-akaun kwsp, cara mudah bayar ptptn melalui pengeluaran kwsp


Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum membuat e-pengeluaran secara online adalah pastikan korang sign up i-Akaun (Ahli) terlebih dahulu... boleh follow step kat sini untuk login kali pertama >>> Panduan Login Kali Pertama

CARA BAYAR PTPTN MELALUI E-PENGELUARAN i-AKAUN KWSP

i-Akaun KWSP, bayar ptptn guna i-akaun kwsp, cara mudah bayar ptptn melalui pengeluaran kwsp

1. Log in i-Akaun KWSP >>> www.kwsp.gov.my



2. Pilih WITHDRAWAL  dan klik NEW APPLICATION / PERMOHONAN BARU


 3. Skrin seperti diatas akan dipaparkan. Kemudian pada bahagian WITHDRAWAL TYPE pilih EDUCATION dan klik NEXT


 4. Isikan form pada ruangan yang disediakan seperti contoh diatas... Pastikan korang tau tarikh mula dan tamat pengajian... Jika tidak pasti boleh hubungi mana-mana pegawai PTPTN >>> PTPTN CAWANGAN KL ... (ni boleh google je) ... hehehehe... Dah isi semua bolek klik NEXT


5. Terma dan syarat akan terpapar dan klik button ACCEPT...


6. Pada form seterusnya akan dipaparkan korangnya maklumat peribadi, nombor rujukan pelajar, berapa amaun yang layak digunakan dan berapa banyak yang hendak dibayar... Pastikan korang tau nombor rujukan pelajar (boleh rujuk pegawai PTPTN)...Selesai isi boleh klik NEXT



7. Summary pengeluaran akan tertera di step berikutnya...Bila dah pastikan segala maklumat yang diberikan betul dan benar boleh terus klik SUBMIT



8. Terma dan syarat akan dipaparkan sekali lagi... Klik butang AGREE...


9. Last but not least boleh print summary dari e-pengeluaran korang ni untuk rujukan dimasa akan datang...

i-Akaun KWSP, bayar ptptn guna i-akaun kwsp, cara mudah bayar ptptn melalui pengeluaran kwsp

10. Kalau nak cek status boleh cek dekat bahagian WITHDRAWAL... Pastu boleh log out sementara tunggu pengesahan daripada pihak PTPTN...

11. Dalam 3-7 hari selepas apply e-pengeluaran, korang akan dapat sms daripada pihak KWSP macam mesej dekat bawah ni...

"RM0.00 KWSP: Permohonan anda telah diproses. Sila ke KWSP utk sahkan cap ibu jari & bawa dokumen sblm 19/10/2017. Info lanjut semak i-Akaun/hubungi 03-89226000"

12. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama adalah :-
  i) Salinan transkrip
 ii) Salinan sijil tamat belajar
iii) Kad pengenalan

13. Akhir sekali pihak KWSP akan meluluskan permohonan korang dalam tempoh 21 hari selepas dokumen-dokumen diserahkan...

Selesai....

** Bagi mereka yang tidak bekerja dan mempunyai sumber kewangan, boleh guna kwsp mak atau ayah yer.. 🤩🤩🤩

** Bagi korang yang nak buat e-pengeluaran untuk diploma dan degree, mula-mula apply untuk diploma dahulu, selepas dapat sms daripada KWSP baru boleh apply untuk degree... So nanti masa pergi KWSP untuk cap jari dan submit dokumen boleh bagi untuk kedua-dua sekali... Jimat masa...

Wassalam
MUDAHNYA BAYAR PTPTN DENGAN i-AKAUN KWSP MUDAHNYA BAYAR PTPTN DENGAN i-AKAUN KWSP Reviewed by MasturaDin on October 06, 2017 Rating: 5

5 comments:

  1. Bagus Cara ni senang la boleh langsaikan hutang awal

    ReplyDelete
  2. Wah senang betul...hutang ptptn pun langsai terus

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiaan (:

    ReplyDelete
  4. terbaik. ni info yang mya dok cari ni . tq kak mas

    ReplyDelete

Powered by Blogger.