LEMPENG PISANG ALA BUNGA LAWANG CAFE

by - March 14, 2017


Assalammualaikum Dunia... Hari minggu lepas dek kerana terpengaruh tengok Naz makan lempeng pisang di Bunga Lawang Cafe dalam rancangan jalan-jalan cari makan tv 3, tak semena-mena kami terbuat lempeng pisang ala bunga lawang cafe.... hehehehee...



resepi lempeng pisang mudah, lempeng pisang di bunga lawang cafe, cara mudah buat lempeng pisang, resepi menggunakan pisang
Tak nampak pulak hirisan pisang kat atas lempeng...
Pada mulanya niat hati nak buat cekodok pisang je... tapi tetibe Angah mai dapur cakap dia nak buat lempeng yang macam dekat jalan-jalan cari makan tu... nampak sedap dan menarik katanya... so bancuhan cekodok tu dicairkan sikit kemudian hiris pisang nipis-nipis dan dijadikan lempeng.... Hah mudah sangat... Rasanya tu wallahualam tak tau r sama ke tidak dengan lempeng pisang dekat bunga lawang cafe... hehehehe.... Maybe kalau nak bagi lagi berlemak lempeng tu, boleh tambahkan sedikit santan...

resepi lempeng pisang mudah, lempeng pisang di bunga lawang cafe, cara mudah buat lempeng pisang
Ni rupa lempeng pisang di bunga lawang cafe... Nampak sedap kan...Nyummy **sumber FB JJCM

RESEPI LEMPENG ALA BUNGA LAWANG CAFE

1. 10 biji Pisang
2. 2 sudu besar Gula
3. 1 sudu kecil garam
4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1/2 sudu kecil baking powder
7. Tepung gandum
6. Sedikit air
7. Sedikit minyak

resepi lempeng pisang mudah, lempeng pisang di bunga lawang cafe, cara mudah buat lempeng pisang

CARA-CARA MEMBUAT LEMPENG ALA BUNGA LAWANG CAFE

1. Masukkan pisang (tinggalkan sebiji untuk dihiris nipis-nipis dan disusun atas lempeng) , gula, garam, soda bikarbonat, baking powder dan sedikit air ke dalam blender dan kisarkan sehingga lumat...
2. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas dan gaulkan dengan tepung... Tepung agak-agak je jangan keras sangat...
3. Panaskan kuali dan oleskan dengan sedikit minyak...
4. Kemudian ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam kuali...susunkan hirisan pisang diatasnya...biarkan sehingga masak...  
5. Angkat dan hidangkan... (ulang no 4 sehingga adunan habis)
6. Siap dan sedia untuk disantap...

SELAMAT MENCUBA.. ☺☺☺

Wassalam

You May Also Like

7 Luahan Hearty

  1. uish menarik, nanti boleh try :D
    sis ditag http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lempeng..boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  3. Mcm menarik je utk di cuba..nnti boleh la try bila2 utk minum ptg...

    ReplyDelete
  4. baru tahu kalo lempeng pisang bisa dibuat makanan juga by author Peluang Bisnis Indonesia

    ReplyDelete
  5. rs mcm dah bertahun x mkn lempeng ;-)

    ReplyDelete
  6. Wahhh menarik ni. dah lama tak pernah buat lempeng hehehe nampak mudah ja.

    ReplyDelete
  7. dah lama x makan lempeng

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (72) kisah aku (67) review (60) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)