Assalammualaikum Dunia... Hari minggu lepas dek kerana terpengaruh tengok Naz makan lempeng pisang di Bunga Lawang Cafe dalam rancangan jalan-jalan cari makan tv 3, tak semena-mena kami terbuat lempeng pisang ala bunga lawang cafe.... hehehehee...
Tak nampak pulak hirisan pisang kat atas lempeng...
|
Ni rupa lempeng pisang di bunga lawang cafe... Nampak sedap kan...Nyummy **sumber FB JJCM |
RESEPI LEMPENG ALA BUNGA LAWANG CAFE
1. 10 biji Pisang
2. 2 sudu besar Gula
3. 1 sudu kecil garam
4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1/2 sudu kecil baking powder
7. Tepung gandum
6. Sedikit air
7. Sedikit minyak
CARA-CARA MEMBUAT LEMPENG ALA BUNGA LAWANG CAFE
1. Masukkan pisang (tinggalkan sebiji untuk dihiris nipis-nipis dan disusun atas lempeng) , gula, garam, soda bikarbonat, baking powder dan sedikit air ke dalam blender dan kisarkan sehingga lumat...
2. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas dan gaulkan dengan tepung... Tepung agak-agak je jangan keras sangat...
3. Panaskan kuali dan oleskan dengan sedikit minyak...
4. Kemudian ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam kuali...susunkan hirisan pisang diatasnya...biarkan sehingga masak...
5. Angkat dan hidangkan... (ulang no 4 sehingga adunan habis)
6. Siap dan sedia untuk disantap...
SELAMAT MENCUBA.. ☺☺☺
Wassalam
uish menarik, nanti boleh try :D
ReplyDeletesis ditag http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html
Sedapnya lempeng..boleh cuba nanti..
ReplyDeleteMcm menarik je utk di cuba..nnti boleh la try bila2 utk minum ptg...
ReplyDeletebaru tahu kalo lempeng pisang bisa dibuat makanan juga by author Peluang Bisnis Indonesia
ReplyDeleters mcm dah bertahun x mkn lempeng ;-)
ReplyDeleteWahhh menarik ni. dah lama tak pernah buat lempeng hehehe nampak mudah ja.
ReplyDeletedah lama x makan lempeng
ReplyDelete