CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA

Assalammualaikum Dunia... Entri kali ni nak share pasal cara-cara membuat roti sosej... dan semestinya ia berkait dengan roti... hehehe... MD dan roti berpisah tiade... gitewww... nak buat lagu manakan, ayah cheq hari-hari balik bawak roti free.. sampai kekadang ketandusan idea nak buat ape dengan roti tu... hihihi...kali ni kite buat cara-cara membuat roti sosej yang simple je...Dan sangat sesuai untuk wanita dan ibu-ibu yang bekerjaya...
cara membuat roti sosej, resepi roti, sulaman cinta
CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA

Kebetulan pulak ternampak Sis Nor Izan  kongsikan cara membuat roti sosej anyam-anyam ni dekat group MAHN... MD pun terus je try...nama tu diambil sebab mase buat ni dengan sepenuh perasaan cinta yang meluap-luap...gitewww.. hahaha...  ni cara-caranya yer... 

BAHAN-BAHAN


10 keping roti
5 batang sosej - celur sekejap
5 keping cheese - Optional
Sedikit tepung gandum larutkan dengan sedikit air
Sos cili
Mayonis >>> Homemade Mayonis


CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA

cara membuat roti sosej, resepi roti, sulaman cinta





1. Sosej yang telah dicelur, dipotong memanjang jadikan 4...
2. Lenyekkan roti kemudian potong dekat tengah roti...potong 4-5 line tapi jangan bagi putus...
3. Ambil potongan sosej tadi masukkan secara selang seli dekat potongan roti tu....bak kata Kak IZAN "ala-ala menganyam tikar tapi ni kita anyam roti"...
4. Ambil roti lain yang dah lenyek letak cheese...TAPI disebabkan takde cheese kat rumah so MD letak mayonis dengan sos sahaja.... **yang ni tak perlu potong tengah-tengah roti yer....sapu bancuhan tepung gandum disekeliling roti...
5. Letak roti anyam sosej tadi atasnya...potong tepi-tepi roti....biar dua-dua keping roti melekat antara satu sama lain...tekan menggunakan garfu...
6. Sapukan marjerin atasnya dan paipkan sos cili dan mayonis atau mayonis sahaja.... (ikut suka)
7. Bakar 10 minit suhu 200c...** kena adjust suhu berdasarkan oven masing-masing...
8. Siap dan sedia untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA :)

KREDIT TO : SIS NOR IZAN MUSTAPHA

Wassalam...






CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA CARA-CARA MEMBUAT ROTI SOSEJ SULAMAN CINTA Reviewed by MasturaDin on June 25, 2016 Rating: 5

4 comments:

Powered by Blogger.