[KUDAP KUDAPAN SELEPAS TERAWIH] KEREPEK GUNTING

by - June 20, 2016

[KUDAP KUDAPAN SELEPAS TERAWIH] KEREPEK GUNTING

resepi kerepek gunting, kuih raya 2016, kuih raya mudah


Assalammualaikum Dunia... Biasanya memalam selepas terawih mulut tentu macam nak mengunyah something yang ringan-ringankan... Makanya terjadilah kerepek gunting ni untuk kudap kudapan lepas terawih..hehehe...


Kalau korang ade mesin mee, proses membuat kerepek ni akan jadi lagi mudah dan jimat masa...tapi kalau takde kena potong sesatu tu memang makan masa jugaklah... sakit pinggang mak noks nak habeskan 1kg tepung... hihihihi...

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEREPEK GUNTING

1kg tepung gandum
20 tangkai lada kering - boleh tambah ikut suka **
4 labu bawang besar **
2 genggam ikan bilis **
2 sudu kecil jintan halus **
1 sudu kecil jintan kasar **
1/2 cawan minyak masak - dipanaskan
3 sudu besar marjerin
300ml santan / susu cair**
Garam secukup rase**
Sedikit serbuk kunyit**
Daun Kari - dihiris

CARA-CARA MEMBUAT KEREPEK GUNTING

resepi kerepek gunting, kuih raya 2016, kuih raya mudah
1. Kisarkan bahan bertanda ** sehingga halus...
2. Dalam mangkuk lain, ramaskan tepung dengan marjerin kemudian tuangkan minyak yang telah dipanaskan.. Gaul sehingga sebati...
3. Selepas itu tepung diuli bersama bahan-bahan yang telah dikisar.. Uli sehingga menjadi doh...
4. Buat bebola kecil-kecil dan canaikan nipis-nipis... kemudian bolehlah dipotong atau gunting mengikut suka.. (kalau ada mesin mee lagi senang)..
5. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan... semasa goreng taburkan daun kari sebagai penyedap rasa...
6. Angkat dan toskan...SIAP.. :)

SELAMAT MENCUBA.. :)

sumber : FB
Wassalam


You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. ni kalo makan sambil tngk tv memang ralit ni.. tau2 abes dah ehe..

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)