[MINUM PETANG] HOMEMADE KENTANG WEDGES CICAH HOMEMADE MAYONIS

by - April 02, 2016

[MINUM PETANG] HOMEMADE WEDGES CICAH HOMEMADE MAYONIS

resepi, homemade kentang wedges, potatoes,homemade mayonis, mayonnaise,bahan-bahan, cara-cara membuat

Assalammualaikum Dunia....

Tadi ayah balik dari belanja barang dapur beli kentang dua kampit.. fikir punye fikir dapat idea untuk buat wedges... sedap kalau dicicah dengan mayonis kan...

Tapi mayonis takde, so terus tanya Mr Google... Ambil resepi dari dua blog ni >>> MAYONIS HOMEMADE & QL KITCHEN...

BAHAN-BAHAN WEDGES

1. Kentang
2. Tepung gandum
3. Soda bikarbonat
4. Garam
5. Serbuk lada hitam
6. Air
7. Serbuk kunyit
8. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUAT WEDGES

resepi, homemade kentang wedges, potatoes,homemade mayonis, mayonnaise,bahan-bahan, cara-cara membuat

1. Buang kulit kentang dan potong kentang bentuk wedges macam wedges KFC...
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, garam, lada hitam, soda bikarbonat, serbuk kunyit dan bancuhkan dengan air...(sukatan bahan-bahan agak-agak je)
3. Gaulkan kentang dalam bancuhan tepung...
4. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga warna keemasan.. Angkat dan toskan...

BAHAN-BAHAN HOMEMADE MAYONIS

1. 1 biji telur
2. 1/2 cawan minyak sayur
3. 2 sudu besar perahan limau nipis (ganti cuka)
4. 1 sudu besar gula
5. Secubit garam
6. Serbuk Lada putih (Optional)
7. 2 sudu besar air

CARA-CARA MEMBUAT HOMEMADE MAYONIS

resepi, homemade kentang wedges, potatoes,homemade mayonis, mayonnaise,bahan-bahan, cara-cara membuat

1. Mula-mula masukkan telur, 1sudu besar perahan limau nipis, 2sudu besar minyak dan blender sehingga sebati...
2. Masukkan lagi 1sudu besar perahan limau nipis, 1sudu besar gula, secubit garam dan 2sudu besar minyak dan  blender lagi...
3. Ulang step masukkan minyak sampai minyak habis... (jangan masukkan minyak dalam kuantiti yang banyak terus nanti tak jadi)
4. Apabila telah sebati masakkan secara double boiler selama beberapa minit...
5. Sejukkan kemudian blendkan dengan blender kering...
6. Siap dan hidangkan bersama kentang wedges... **nak lagi sedap sejukkan dalam peti sejuk dahulu

SELAMAT MENCUBA... :)

Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. Sedapnya. Boleh try nih. Tq for the recipe kak mas :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang menarik....memang minat wedges pun...

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (72) kisah aku (67) review (60) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)