RESEPI HOMEMADE NUGGET AYAM TEMPURA BERSALUT FOREVER BEE HONEY

Assalammualaikum Dunia...Kebiasaannya bila tiba part isi ayam, family MD memang kurang gemarkan... muak katenye isi banyak sangat... kesian kekadang tengok kalau masak part isi ayam tergolek-golek je gitu...hehehe...so daripada tak dimakan, MD pun try buat homemade nugget tempura ayam tempura...ambil resepi homemade nugget ayam tempura dekat blog ni >>> http://adianazulhilmistory.blogspot.my/2015/02/nugget-ayam-tempura-homemade-yang-simple.html

Resepi Homemade Nugget Ayam Tempura Bersalut Forever Bee Honey, khasiat dan kelebihan Forever Bee Honey, resepi homemade mayonis
RESEPI HOMEMADE NUGGET AYAM TEMPURA BERSALUT FOREVER BEE HONEY
Kebetulan pulak dekat rumah ada stok  madu Forever Bee Honey, apalagi MD tambahkan dalam resepi nugget ayam tempura ni dan terhasillah Homemade Nugget Ayam Tempura Bersalut Forever Bee Honey... tapi bile dilihat pada rupa macam cekodok pisang pun ade... warna dia jadi gelap sebab ada madu tau bukan sebab hangus... hehehehe

Kenapa MD suke guna Forever Bee Honey ni? Sebab didalamnya terkandung banyak khasiat.... Kalau korang nak tau, Forever Bee Honey ni diperbuat daripada 100% sumber semulajadi tanpa ada tambahan bahan pengawet TIRUAN... Bila ditambah dalam masakan, ia boleh dijadikan sebagai pengganti gula kerana ia merupakan pemanis berkhasiat yang membekalkan kira-kira 70 kalori dengan setiap sudu besar kepada si pemakan... Tambahan pula ia juga kaya dengan karbohidrat dan mudah untuk dihadam... Disamping itu, Forever Bee Honey membekalkan sumber tenaga yang cepat dan sangat berkhasiat pada bila-bila masa sahaja...


Antara khasiat dan kelebihan Forever Bee Honey yang lain adalah:-

  • Membekalkan tenaga kepada hati dan otak
  • Mencegah batuk yang berpanjangan atau asma 
  • Meningkatkan penyerapan dan mengurangkan masalah gastrik 
  • Merawat luka akibat kencing manis 
  • Mengekalkan tenaga  dan kecergasan
  • Sentiasa kekal sihat dan kuat 

Banyakkan khasiat Forever Bee Honey... Pesakit Diabetes pun boleh makan madu ni tau... Kalau nak info lanjut boleh hubungi :-

🔺FB:fara hana

🔺IG: farahamzah.my

Telefon : 0136283485


Berbalik pada homemade nugget ayam tempura bersalut Forever Bee Honey, ni resepinya... tak sempat nak snap step-step buat nugget... sob sob

Bahan-bahan isi nugget ayam tempura

1. Bahagian dada ayam (ambil isi ayam sahaja-potong dadu
 kecil-kecil)
2. Garam secukup rasa
3. Secubit kecil serbuk lada hitam
4. Secubit kecil oregano kering(optional)
5. 2 biji bawang besar (potong dadu)

Bahan-bahan kulit nugget ayam tempura

1. 3 sudu besar tepung gandum (isikan dalam pinggan)
2. 1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)
3. 2 sudu besar Forever Bee Honey @ apa-apa jenis Madu

Cara-cara membuat Homemade Nugget Ayam Tempura 
Bersalut Forever Bee Honey

1.Campurkan kesemua bahan isi nugget ayam tempura ke dalam 
blender dan kisarkan sehingga lumat dan sebati (tanpa ditambah air)
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak dengan api kecil
3. Pindahkan isi ayam yang telah dikisar ke dalam mangkuk bersih
4. Buat bentuk yang anda suka (Agak melekat dan melekit sedikit)
5.Golekkan ke dalam putih telur yang telah digaulkan bersama 
Forever Bee Honey dan golekkan ke dalam tepung gandum
6. Tukar api kecil ke api sederhana
7. Goreng sehingga keperang-perangan
8. Angkat, Toskan dan sedia dihidang bersama sos @ mayonis 

SELAMAT MENCUBA!!!

Sumber : ZARINA FOREVER

Wassalam

RESEPI HOMEMADE NUGGET AYAM TEMPURA BERSALUT FOREVER BEE HONEY RESEPI HOMEMADE NUGGET AYAM TEMPURA BERSALUT FOREVER BEE HONEY Reviewed by MasturaDin on April 12, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sedap..macam rase naget beli..hehehe..

      Delete
  2. Mas ni rajinlah...
    Hasil buat sendiri bukan aje sedap tapi juga puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend tak p memane bosan..tu yg merajinkan diri je..hihi

      Delete
  3. Nmpk mudah nnt blh la try ni buat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.