[SARAPAN PAGI] RESEPI UBI REBUS GORENG BEREMPAH BERSAMA SAMBAL KICAP

by - April 11, 2016

Assalammualaikum Dunia..Hari selasa lepas balik dari lawatan ke rumah orang-orang tua dekat Cheras, Mak bawak balik ubi kayu ni... Kebetulan pulak esoknya MD skroll skroll FB ternampak pulak ada yang share resepi ubi rebus goreng berempah... so trus screenshot dan whatsapp resepi ubi rebus goreng berempah ni dekat Mak....
resepi ubi rebus goreng berempah bersama sambal kicap, bahan-bahan, cara-cara membuat
[SARAPAN PAGI] RESEPI UBI REBUS GORENG BEREMPAH BERSAMA SAMBAL KICAP
Pagi sabtu tu pukul 5pagi Mak dah bangun rebus ubi... pastu dia tanya MD nak goreng tak ubi yang dah rebus tu?.. kalau taknak goreng kire kitorang breakfast ubi rebus jelah pagi tu... sedap tu memanglah sedap tapikan kalau ubi rebus sedap makan dengan sambal tumis..baru complete... so tak rajin nak buat sambal tumis and MD decide goreng jelah ubi tu... cicah dengan sambal kicap lagi sedap...(padahal sambal kicap memang dah buat lebih dari makan sup)... hhahahaha.. dasar M besar betul..!!!

Ok, MD share ni resepi asal yang ambil dekat FB ey.. :)

BAHAN-BAHAN UBI REBUS GORENG BEREMPAH

1. Ubi kayu 1kg
2. Tepung gandum untuk celupan (tak dinyatakan banyak mana)
3. 4 biji bawang merah
4. 3 biji bawang putih
5. 1 sudu kecil ketumbar
6. 1 sudu kecil jintan manis
7. 1 sudu kecil serbuk kunyit
8. Garam secukupnya
9. Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUAT UBI REBUS GORENG BEREMPAH

1. Kupas ubi kayu, potong-potongkan dan rebuskan sehingga empuk dan toskan
2. Blenderkan bawang merah, bawang putih, ketumbar dan jintan manis kemudian masukkan tepung
3. Bancuhkan campuran tepung dengan air dan masukkan garam dan serbuk kunyit
4. Celup ubi dalam bancuhan tepung, panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
5. Angkat dan toskan
6. Sedia untuk dihidang

BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP

1. Segenggam cili padi
2. Seulas bawang putih
3. Sesudu gula
4. 2 biji limau kasturi
5. Kicap

CARA MEMBUAT SAMBAL KICAP

1. Masukkan semua bahan-bahan diatas dan blenderkan sehigga lumat... (kalau rajin boleh tumbuk je)
2. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dimakan bersama ubi rebus goreng berempah

SELAMAT MENCUBA!!

Wassalam

You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. mcm sedap je tu x pnah rasa la makan ubi ngn cicah kicap sambal

    ReplyDelete
  2. ubi kayu tu makan laa tapi kalau makan dengan sambal kicap tu yg pelik sikit..hee

    ReplyDelete
  3. Uih, bestnya sarapan. Ini mau makan tak ingat nak pergi kerja kalau Sha ni, hehe :D

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (72) kisah aku (67) review (60) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)