RUTIN PENJAGAAN ANAK YANG TERKENA HFMD DENGAN ESSENTIAL OILS YOUNG LIVING

Assalammualaikum Dunia... Hari khamis lepas ni doktor pakar diagnosed Faiq kena HFMD... Memandangkan dekat rumah ada abam Uwais dan penyakit HFMD ni boleh berjangkit kat sesiapa pun, makanya kami bersetuju bagi Faiq dikuarantin dekat hospital....sob sob sob...

APA ITU HFMD?

PROTOKOL HFMD, hfmd, rutin penjagaan hfmd dengan essential oils young living, tanda-tanda hfmd
HFMD

Apa tu HFMD?... HFMD adalah singkatan bagi Hand, Foot, & mouth Disease atau dalam bahasa melayu penyakit tangan, kaki dan mulut...  HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus..  Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). 


HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan... Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul... Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh... Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.
Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan itu ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut. Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.

protokol hfmd, hfmd, rutin penjagaan hfmd dengan essential oils young living, tanda-tanda hfmd

Macam Faiq, simptom awal yang kitorang perasan Isnin 29.4.19 dia demam on off.. Then Selasa 30.4.19, perasan ada bintik-bintik merah tumbuh kat badan dengan muka dia.. Masa ni demam masih on off lagi... Malam  tu bawak pi klinik, doktor bagitau kalau tengok simptom bukan chicken pox... Nampak macam skin infection coz kitorang bagitau Ahad tu kitorang bawak dia mandi kolam dekat Bayoou Lagoon.. Maybe kulit dia tak tahan dengan klorin plus dia memang ada minor eczema...  Doktor klinik bagtau kalau 3 hari tak elok juga terus refer hospital... 

Rabu 1.5.19, bintik bintik merah makin bertambah sampai ke kaki dengan bahagia sulit dia... selera makan still macam biasa... ok yang ni diakui, Faiq memang ikut Mak dia..even sakit macam mana pun selera makan still berkobar-kobar...hahahaha... Khamis 2.5.19 bangun pagi tu badan dia panas balik pastu bintik-bintik merah makin bertambah satu badan dia... Masa ni kitorang decided bawak dia terus ke hospital bahagian emergency...

Sampai hospital, cek suhu 37.9, doktor bagi ubat bontot taknak makin melarat.. Then amek darah... result Alhamdulillah bukan denggi, bukan chicken pox, dan bukan kencing tikus... Doktor bahagian emergency bagi refer doktor pakar.. Bila doktor pakar cek je, rupanya HFMD... huhuhuhuhu...dalam mulut Faiq ada ulser, tapak tangan dan kaki ada bintik-bintik merah juga rupanya.... 

Malam tu doktor oncall yang cek Faiq, beliau cakap HFMD Faiq macam pelik sikit sebab tak banyak kat tapak kaki dengan tapak tangan...yang banyak kat bahagian badan, muka dan kaki...huhuhu...

RUTIN PENJAGAAN ANAK YANG TERKENA HFMD DENGAN ESSENTIAL OILS YOUNG LIVING

Alang-alang Mak Faiq dah beli set PSK Young Living so memang manfaatkanlah segala EO yang ada... hehehehe...

Rutin yang MD apply kat Faiq macam step-step kat bawah ni... kena rajinkan diri buat kat anak untuk kesan yang cepat...

protokol hfmd, hfmd, rutin penjagaan hfmd dengan essential oils young living, tanda-tanda hfmd

1.Mandikan/ lap satu badan Faiq dengan EO lavender..
2. Sapukan EO purification dekat bintik-bintik merah satu badan dan muka
3. Sapukan EO thieves / oregano di tapak kaki (selang seli)
4. Diffuse EO purification/ thieves (tiap masa)
5. Sapukan eo thieves kt luar tekak (bahagian leher - untuk ulser)

Result pagi semalam 3.5.19 doktor pakar cek : Bintik-bintik merah dekat badan Faiq dah menunjukkan tanda kering...  Dekat tapak kaki dan tapak tangan dah takde...  Tinggal dekat muka je rashes masih ketara...

Hope harini atau esok dapatlah Faiq discaj... Aminnnn...


Wassalam
RUTIN PENJAGAAN ANAK YANG TERKENA HFMD DENGAN ESSENTIAL OILS YOUNG LIVING RUTIN PENJAGAAN ANAK YANG TERKENA HFMD DENGAN ESSENTIAL OILS YOUNG LIVING Reviewed by MasturaDin on May 04, 2019 Rating: 5

3 comments:

  1. semoga Faiq cepat sembuh seperti sedia kala. aamiin

    ReplyDelete
  2. bagus ada produk yg mcm ni

    ReplyDelete
  3. I am always searching online for storys that can accommodate me. There is obviously a multiple to understand about this. I feel you made few salubrious points in Attributes moreover. Detain busy, awesome career! how to take cbd oil tincture

    ReplyDelete

Powered by Blogger.