KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA - PENGASAS JAMUMALL.COM

May 01, 2019

Assalammualaikum Dunia... Entry sebelum ni MD ada berkongsi tentang #SitiJamumall yang merupakan promoter jamumall.com... Hari ini MD kongsikan pula kisah hidup pengasas jamumall.com...Siapakah beliau?...

KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA - PENGASAS JAMUMALL.COM

pengasas jamumall.com, nizam 3 jari, khairul nizam viral


Khairul Nizam merupakan seorang individu  istimewa yang mempunyai semangat  luar biasa untuk bangkit dalam dunia perniagaan...  Kekurangan beliau bukan penghalang untuk berjaya... Tiga kunci kejayaan beliau adalah : -

1. Bahagiakan Family
2. Jaga logistic
3. Never Give Up!



pengasas jamumall.com, nizam 3 jari, khairul nizam viral


Luahan di Facebook beliau sangat terkesan…

"Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .. aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

 Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye orang diluar sana nak jadi macam aku , nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??



Lihatlah aku ...

Kehidupan aku dulu tak macam ni... Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian ....

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika aku rasa sangat tertekan bila ada ketika haus , lapar , penat , tapi tiada orang disisi .. Takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yang perlu aku laksanakan...

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sebaik mungkin....

Aku melihat ramai yang malas untuk mengubah hidup sendiri  , terlalu banyak alasan yang diberikan, dan mudah give up apabila berdepan dengan cabaran!!

Ramai yang memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah... Paling sedih nak hulur duit pada mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yang Allah  beri dan jangan sia-siakannya , aku bangkit untuk memberi manfaat kepada orang lain... Aku nak satu dunia lihat hanya dengan 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan dan senyuman ramai orang disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dalam kehidupan , pekerjaan , mahupun perniagaan bukan mudah.. . Tetapi atas dasar keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka belajar dan memperbaiki diri , dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
pengasas jamumall.com, nizam 3 jari, khairul nizam viral

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling .. anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite saja yang boleh mengubah diri kita!!"





Kegigihan beliau dalam bisnes membuktikan bahawa insan OKU juga boleh berjaya asalkan ada kemahuan dan usaha... Kisah hidup beliau boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda diluar.... Bak kata pepatah " dimana ada kemahuan, disitu ada jalan" ...


Wassalam

You Might Also Like

7 Luahan Hearty

  1. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  2. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  3. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  4. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  5. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  6. Kegigihan dan semangat beliau sangat mengkagumkan

    ReplyDelete
  7. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    ReplyDelete

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);