BELI BUKU TERPAKAI MURAH DI MY CHILDREN BOOKS

Assalammualaikum Dunia... Baru-baru ni MD ada carikan bahan bacaan untuk Faiq... Walaupun baru masuk usia 7 bulan MD cuba untuk menerapkan nilai membaca dalam diri Faiq supaya nanti cepat pandai membaca... bukan apa zaman sekarang ni serba serbi kena pantas... Kalau lambat pasti akan ketinggalan... Memandangkan usia dia masih kecil, MD pilih untuk mencari bahan bacaan terpakai yang murah-murah je... Dan disebabkan kekangan masa nak pergi cari dekat kedai buku, MD buat keputusan untuk membeli buku terpakai secara online sahaja di My Children Books...

BELI BUKU TERPAKAI MURAH DI MY CHILDREN BOOKS

My Children Books merupakan online bookstore yang menjual bahan bacaan terpakai untuk kanak-kanak di Malaysia.... My Children Bookstore merupakan online bookstore yang ideal untuk ibu bapa yang ingin membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka... Yang menariknya dekat sini dijual bahan bacaan daripada pelbagai latar seperti umur, kategori, dan jenis...

Jika ingin membeli bahan bacaan mengikut umur, ada tersedia bahan bacaan khas untuk bayi sehingga dewasa yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti learning, screen and art, imagination,culture and history dan literature... Kite juga boleh memilih untuk membeli bahan bacaan berdasarkan jenis samaada boardbook, hardback ataupun paperback...

my children books, bahan bacaan terpakai, buku cerita terpakai murah




my children books, bahan bacaan terpakai, buku cerita terpakai murah

Harga yang ditawarkan di My Children Books tersangatlah murah dimana ia bermula dari RM2.00++ - RM10.00++ ...

Dari segi penghantaran Semenanjung Malaysia perkhidmatan yang ditawarkan sangat pantas hokay.. harini order, esok sampai... Masa order ni MD pilih 6 jenis buku... 3 buku ada muzik, 1 buku lagu dan 2 buku cerita... Yang bermuzik MD belikan untuk Faiq, balance tu untuk Uwais... Total 6 buku tu baru RM48.00++...  Murahkan!!!...

Walaupun buku-buku terpakai tetapi keadaannya masih elok cuma untuk yang bermuzik tu bila asyik tekan je, bateri jadi low... bila macam tu MD akan biarkan sehari dua dulu lepastu baru bagi balik dekat Faiq...

Seronok depa dapat buku memasing...hehehe

my children books, bahan bacaan terpakai, buku cerita terpakai murah

Korang yang nak order untuk si comel boleh direct order dekat website My Children Books >>> https://www.childrensbooks.my/

Wassalam
BELI BUKU TERPAKAI MURAH DI MY CHILDREN BOOKS BELI BUKU TERPAKAI MURAH DI MY CHILDREN BOOKS Reviewed by MasturaDin on February 07, 2019 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.