"MEREMPIT" DI TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR

Assalammualaikum Dunia... Alhamdulillah menginjak sudah ke tahun 2019... Pantas sangat masa berlalu meninggalkan tahun 2018 yang penuh dengan kenangan terindah... Tahun baru, azam baru dengan niat baru... Since my ex MR Uber / Grab dah start dengan kerja baru dekat Bangsar di tahun baru 2019 ni dan office MD dekat Titiwangsa so banyak perubahan berlaku.... huhuhuhu...

PENGALAMAN "MEREMPIT" DI TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR


Image result for merempit, merempit di kuala lumpur, mat minah motor, pengalaman
sumber google

Selepas perbincangan bersama dicapai (giteeewww), kitorang mengambil keputusan untuk pergi balik kerja dengan "merempit" di tengah bandaraya Kuala Lumpur... Keluar rumah pukul 7.00-7.30 pagi, hantar Faiq dekat Mami then tukar motor dekat rumah Tok Ayah, dalam pukul 8.00pagi start merempit dari Shah Alam ke Kuala Lumpur... Dalam pukul 8.30pagi sampai office MD, then Hencik Suami sambung merempit ke office dia kira-kira 20minit perjalanan dari office MD...

Sebenarnya, ini pertama kali MD "merempit" jauh... Masa hari pertama "merempit" sampai-sampai office turun motor kebas rasa kaki tangan... hahahahaha... Badan ni tak payah cakaplah, dia punya lenguh, sakit-sakit macam baru balik membajak...hahahaahaha... memang sepagian di office bantai tidur....hihihihi...

Mula-mula tu berapa kali kena tegur dengan Hencik Suami... Sebabnya, dia corner ke kiri, badan MD hala ke kanan.... Lepastu, bila dah lama sangat duduk tanpa bersandar belakang terasa sakit, masa Hencik Suami tengah nak masuk selekoh boleh pulak MD betulkan duduk... hahahaha... adeh..manalah kite nak tau Wak... first time kan... 

Perkara paling seronok "merempit" ni sebab apa yang MD rasa tak seperti apa yang dibayangkan.... Masa pergi balik kerja naik kereta sebelum ni, duk tengok motor lalu sebelah rasa ngeri sangat...rasa macam "eh taknaklah naik motor, kaki tu macam nak melekat dekat pintu kereta je" tapi bila dah merasai sendiri baru tau keseronokan dia... rasa tenang sangat kot...  dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan... hehehehe... Balik rumah terus cerita dengan kakak, "aku ingatkan ngeri naik motor... tapi tak ngeri pun... tau tak kenape?"... "sebab aku tak nampak depan..so tak rasa ngerilah"... hahahaha..pastu kitorang pun berbalas gelak terbahak-bahak...

Selain dapat jimat masa, (yerlah masa naik kereta sebelum ni balik kerja pukul 5.30petang, pukul 7.15malam paling awal sampai rumah... sekarang ni pukul 6.30petang sampai dah), dapat juga jimatkan duit tol dan duit minyak... Almaklumlah kite baru nak mulakan hidup berkeluarga, masih di fasa pertama perkahwinan... so hal kewangan masih lagi perlu diambil kira... hehehehe... Cuma bila "merempit" ni faktor keselamatan perlu dipertingkatkan lebih lagi... In shaa Allah, harapan dan doa semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita didunia ini dan selamatkan perjalanan pergi dan balik kami ke tempat kerja demi mencari rezeki membesarkan amanah yang diberiNYA....Aminnn


Wassalam

"MEREMPIT" DI TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR "MEREMPIT" DI TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR Reviewed by MasturaDin on January 04, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. Hehheeehe... itulah dah biasa naik kereta mesti tak dapat nak jangka bila kena merempit kan...
    Anyway oklah tu office dedua sejalan jimat banyak tu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.