Assalammualaikum
Dunia... Dalam keseronokan kita membuat persediaan untuk menyambut
Ramadhan yang bakal tiba lebih kurang lagi 2, 3 minggu ini kadang-kadang tanpa
kita sedar masih lagi wujudnya golongan asnaf, gelandangan, OKU, ibu
tunggal dan anak-anak yatim yang sedang berdukacita memikirkan keadaan mereka
yang naif dan kekurangan wang ringgit untuk membeli keperluan harian mereka... Jika
keperluan untuk menyambut Ramadhan mereka tidak mampu sediakan, apatah
lagi untuk menyediakan keperluan mereka menyambut Syawal yang bakal menjelma
tidak lama lagi...
SUMBANGAN NUR RAMADHAN MEMBERI SINAR KEPADA GOLONGAN ASNAF
SUMBANGAN NUR RAMADHAN DI TITIWANGSA 2017 |
Inisiatif pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan
telah menganjurkan program Sumbangan Nur Ramadhan kepada golongan asnaf dan
mereka yang kurang berkemampuan membuatkan golongan ini mampu menarik nafas
lega kerana sumbangan ini dapat meringankan beban mereka... Sumbangan yang
diberikan biasanya dalam bentuk keperluan asas dan baucer tunai… Alhamdulillah,
kalau kita baca info-info daripada Mr google, usaha pemberian Sumbangan
Nur Ramadhan ini telah dilaksanakan oleh pihak DBKL dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur selama beberapa tahun dan akan terus dilaksanakan sampai
bila-bila...
Seperti tahun lepas
Sumbangan Nur Ramadhan ini diadakan pada 16 Jun 2017 di Lembah Pantai... Lebih
kurang 1000 orang asnaf, anak yatim, warga emas, dan ibu tunggal menerima
sumbangan Nur Ramadhan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan...
SUMBANGAN NUR RAMADHAN DI LEMBAH PANTAI |
SUMBANGAN NUR RAMADHAN DI LEMBAH PANTAI |
Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuan bantuan
bernilai RM150 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) seorang itu bagi meringankan beban golongan berkenaan sempena menyambut
Hari Raya Aidilfitri... Katanya lagi ketika berucap dalam perasmian program sumbangan
Nur Ramadhan parlimen Lembah Pantai, Beliau berharap dengan pemberian Sumbangan
Nur Ramadhan ini akan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan kurang
berkemampuan...
Beliau turut mengumumkan
sumbangan wang tunai sebanyak RM30,000 dari Yayasan Wilayah Persekutuan untuk
menaiktaraf kemudahan Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Lembah
Pantai...>>> SUMBANGAN NUR RAMADHAN LEMBAH PANTAI
Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur turut menerima sumbangan zakat sebanyak RM100,000 daripada MAIWP pada kemuncak program Nur Ramadhan,16 Jun... >>> NUR RAMADHAN UNTUK ASNAF
SUMBANGAN NUR RAMADHAN DI PUTRAJAYA |
SUMBANGAN NUR RAMADHAN DI PUTRAJAYA |
Selain DBKL, Yayasan Al-Bukhary dan Yayasan Wilayah turut melibatkan diri dan bekerjasama dengan Wilayah Persekutuan dalam penganjuran sumbangan Nur Ramadhan ini... Menerusi kerjasama sebegini,
penyaluran bantuan dapat dilaksanakan lebih menyeluruh disamping dapat meminimumkan kos
penganjuran program...
Dengan adanya
program seperti ini selain dapat memberikan senyuman kegembiraan kepada
golongan kurang berkemampuan, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara
pemimpin dan rakyat…
Wassalam
Walaupun tak banyak mana, tapi setiap sumbangan tu tetap akan bantu ringankan mereka
ReplyDeleteBagus program ni bantu golongan susah, bantuan ni mereka boleh beli brg keperluan
ReplyDeleteHarap organisasi lain pun ikut jejak bantu.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. suka tgk ade sumbangan mcm ni
ReplyDeleteSemoga program seperti ini membantu ramai golongan yang memerlukan ;)
ReplyDeleteprogram yg baik dlm usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik ...
ReplyDeleteMoga terus memperkasa & membantu golongan yang memerlukan, bukan sahaja pada bulan2 tertentu sahaja...
ReplyDeleteSemoga usaha ni berterusan dlm membantu golongan yg benar2 kurang kemampuan
ReplyDeleteat least meringankan beban diorg
ReplyDeletesemoga bantuan yang dihulurkan dimanfaatkan sebaiknya
ReplyDeleteSumbangan ini dapat mengembirakan mereka ketika tibanya Ramadhan nanti. Alhamdulillah...
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteBantuan sedikit dapat ringankan beban yang memerlukan
ReplyDeletealhamdulillah. ringan sikit beban untuk yang memerlukan.
ReplyDeleteSemoga sumbangan ni dapat memberi sinar buat mereka yg terpilih. At least dapat rasa masih ada kasih sayang dihulurkan. Terharu sangat.
ReplyDeletewahh moga berterusan Nur ni :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga usaha sebegini dapat diteruskan dan menjadi ikutan persatuan/ organisasi lain
ReplyDelete