RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA MEMBANTU GOLONGAN MUDA YANG BERKAHWIN
Rumah transit?.. Apa tu rumah transit?..Sebenarnya, Rumah Transit adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan... Program Rumah Transit 1Malaysia ini bertujuan membantu dan memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang sudah berkahwin tapi dengan syarat mestilah berumur 30 tahun ke bawah... Program Rumah Transit 1Malaysia yang tertumpu di bandar-bandar besar ini adalah bagi membantu pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan mengurangkan beban perbelanjaan mereka...
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon dan pasangan adalah
warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 hingga
30 tahun;
- Pemohon tidak mempunyai
rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon;
- Pemohon bekerja di kawasan
/ negeri rumah transit yang dipohon;
- Pendapatan isi rumah
RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada rekod jenayah
Lihat disini >>> PORTAL RASMI JABATAN PERUMAHAN NEGARA
CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;- 2 atau 3 bilik tidur;
- 2 bilik air;
- Ruang tamu; dan;
- Ruang dapur.
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA
- Dewan serbaguna;
- Ruang taska;
- Kedai / gerai;
- Pejabat pengurusan;
-Tempat letak kereta;
- Tempat letak motosikal;
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan;
- Surau;
- Lif ; dan
- Landskap
-Tempat letak kereta;
- Tempat letak motosikal;
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan;
- Surau;
- Lif ; dan
- Landskap
KAEDAH PERMOHONAN
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel : 03-8891 4052 / 4061
Faks : 03-8891 4045
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel : 03-8891 4052 / 4061
Faks : 03-8891 4045
Yang menariknya, Rumah Transit 1Malaysia ini bakal diperluaskan di bandar-bandar besar di Seluruh Malaysia.. So pasangan muda yang berkahwin bolehlah menarik nafas lega kerana dengan adanya program seperti ini boleh membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka sementara mereka ingin memperkukuhkan ekonomi keluarga...
Wassalam
bagus usaha kerajaan
ReplyDeletesapa yang layak elokkan memohon
ReplyDeleteoooo baru tau ada Rumah Transit 1Malaysia ni. betul.. memang bagus untuk pasangan baru kahwin ni, sementara tu boleh menyimpan untuk membeli rumah idaman
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!
ReplyDeleteBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletesewa serendah RM400...memang ok sangat
ReplyDeleteSeronok tgk rumah transit ni..napelah xtao masa dok kl dulu..boleh save duit untuk rumah sendiri kan nnt..
ReplyDeletebagus inisiatif ni
ReplyDeleteMemang ok sangat ada program camni. Satu insentif yang menarik terutamanya buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga
ReplyDeleteOoo..ia ada hak umur ye?? Alahhh
ReplyDeletecantiklah rumah transit tu...
ReplyDeleteKuranglah beban mereka yang baru nak bina keluarga
ReplyDeleteBagusnya ada program ne
ReplyDeletebagusnya ada projek ni.
ReplyDeletewww.ummicenter.com