Assalammualaikum Dunia...Lepas baik demam ritu Mr Grab sibuk nau nak buat homemade kebab sendiri...Nak makan homemade kebab katenye... Masa tu MD terfikir macam manalah dia nak buat homemade kebab ni kan... Ingatkan perap biasa je pastu bakar dalam kuali camtu...hihihi... Petang khamis lepas dia gi beli bahan-bahan dan malam tu juga dia terus perap... Masa dia perap tu MD tidur... So tak nampak step-stepnya... hehehehe
HOMEMADE KEBAB BY MR GRAB
Esok paginya masa bukak peti terkejut tengok daging kebab tu lepas peras siap dicucuk-cucuk lagi macam kat kedai tu....hihihihi... Ingatkan memang ada jual stand tu khas untuk kebab... rupanya Mr Grab bagitau tu bill stand yang orang kat kedai makan buat cucuk bil dengan resit-resit.... hahahahaha... tergelak MD dengar tapi tak sangka kreatif gak laki hakak ni... hehehehe...
RESIPI HOMEMADE KEBAB
1. Isi daging / ayam
2. Coat and cook sauce - butter chicken
3. Salad / tomato
4. Sos cili
5. Kewpie Sandwich Spread Original
6. Mayonnaise
7. Lemon
Bahan perapan |
CARA-CARA MEMBUAT HOMEMADE KEBAB
1. Perapkan isi daging / ayam dengan coat and cook sauce butter chicken selama beberapa jam...
2. Belah dua lemon dan cucuk bahagian bawah lemon pada bill stand kemudian cucukkan daging / ayam dan penutup dengan lemon... (macam dalam gambar diatas)
3. Panaskan oven 10minit pada suhu 200 darjah celcius...
4. Masukkan daging / ayam dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang satu jam...
5. Apabila daging / ayam sudah masak hiriskan nipis-nipis...
6. Sapukan sos cili / kewpie sandwich spread / mayonnaise pada roti pita atau wrap, letakkan salad / tomato, dan hirisan daging yang telah dipotong nipis...
7. Picitkan sedikit mayonnaise diatas roti pita...
8. Siap!!!.. Boleh dihidang dan sedia untuk dimakan...
SELAMAT MENCUBA.. :)
Wassalam
Mak aiiiii...bukan main kreatif lagi tu ha....untung la MD...
ReplyDeleteLaPar tengok...hihi..singgah jalan2 sini ^_^
ReplyDeleteWow, sedapnya !
ReplyDeleteJemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html
Senang bila mampu buat sendiri. Asal teringin je boleh buat kan? Puas pun puas.
ReplyDeleteMacam mana buat tempat bakar ayam atau daging tu?
ReplyDeleteTu beli bill stand je sis.. Pastu bakar dlm oven... Hehehe
DeleteFav akk ni mas, kreatif btul mr grab you
ReplyDelete