RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA MEMBANTU GOLONGAN MUDA YANG BERKAHWIN
May 08, 2018Assalamualaikum Dunia...Masa bertunang awal tahun lepas Mr Grab cadangkan untuk kitorang duduk sekali dengan parents dia lepas kahwin... MD ok je sebab rumah parents dia dekat dengan rumah ayah long dan Usu MD... hehehehe.. Lepas kahwin memang kitorang duduk dengan parents Mr Grab dalam sebulan camtu... Tapi nak dijadikan cerita, disebabkan kerja Mr Grab yang tak tentu masa, pagi kitorang keluar rumah pi kerja pukul 5.00 pagi dan balik sampai rumah pukul 12-1 pagi, penat memang penat sampai sahur pun dalam kereta.. Hehehe.. akhirnya terpaksa jugak cari rumah sewa area KL... Nak cari rumah sewa satu hal... Deposit sekurang-kurangnya sebulan... Harga sewa dalam RM 900- RM 1000++... Mau tak rasa nak menangis time tu... Nak apply rumah transit umur terlepas setahun dah.. Rugi sangat rasa... 😩😩... Korang yang duduk menyewa area KL dan berkelayakan tu elok sangat apply Rumah Transit ni...
RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA MEMBANTU GOLONGAN MUDA YANG BERKAHWIN

Rumah transit?.. Apa tu rumah transit?..Sebenarnya, Rumah Transit adalah sebuah program yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan... Program Rumah Transit 1Malaysia ini bertujuan membantu dan memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang sudah berkahwin tapi dengan syarat mestilah berumur 30 tahun ke bawah... Program Rumah Transit 1Malaysia yang tertumpu di bandar-bandar besar ini adalah bagi membantu pasangan muda yang berpendapatan rendah dan berkelayakan mengurangkan beban perbelanjaan mereka...
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Lihat disini >>> PORTAL RASMI JABATAN PERUMAHAN NEGARA
CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA
- Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;- 2 atau 3 bilik tidur;
- 2 bilik air;
- Ruang tamu; dan;
- Ruang dapur.
- Dilengkapi dengan kipas dan lampu
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI RUMAH TRANSIT 1MALAYSIA
-Tempat letak kereta;
- Tempat letak motosikal;
- Pagar kawasan
- Kawalan keselamatan;
- Surau;
- Lif ; dan
- Landskap
KAEDAH PERMOHONAN
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel : 03-8891 4052 / 4061
Faks : 03-8891 4045
Yang menariknya, Rumah Transit 1Malaysia ini bakal diperluaskan di bandar-bandar besar di Seluruh Malaysia.. So pasangan muda yang berkahwin bolehlah menarik nafas lega kerana dengan adanya program seperti ini boleh membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka sementara mereka ingin memperkukuhkan ekonomi keluarga...
Wassalam
14 Luahan Hearty
bagus usaha kerajaan
ReplyDeletesapa yang layak elokkan memohon
ReplyDeleteoooo baru tau ada Rumah Transit 1Malaysia ni. betul.. memang bagus untuk pasangan baru kahwin ni, sementara tu boleh menyimpan untuk membeli rumah idaman
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!
ReplyDeleteBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletesewa serendah RM400...memang ok sangat
ReplyDeleteSeronok tgk rumah transit ni..napelah xtao masa dok kl dulu..boleh save duit untuk rumah sendiri kan nnt..
ReplyDeletebagus inisiatif ni
ReplyDeleteMemang ok sangat ada program camni. Satu insentif yang menarik terutamanya buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga
ReplyDeleteOoo..ia ada hak umur ye?? Alahhh
ReplyDeletecantiklah rumah transit tu...
ReplyDeleteKuranglah beban mereka yang baru nak bina keluarga
ReplyDeleteBagusnya ada program ne
ReplyDeletebagusnya ada projek ni.
ReplyDeletewww.ummicenter.com