RESIPI MUDAH GARLIC BREAD MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA BERSAMA INSTANT MUSHROOM SOUP

April 19, 2018

Assalammualaikum Dunia... Balik rumah Mak bulan lepas, Mak bagitau ayah ada beli instant mushroom soup, lama dah beli tapi tak tau bilanya dia nak makan... Then MD pun jawablah, Mak buatkan garlic bread menggunakan roti gardenia tu then cicah dengan mushroom soup... Mak tanya ape bread?... MD balas, garlic bread... bahan simple je, mentega/planta dengan bawang putih cincang atau blender gaulkan pastu sapu je kat roti dan bakar... Mak kate " eh tak rajin aku nak buat gitu"... hhihihihi... erm, takpelah nanti petang orang buatkan garlic bread menggunakan roti gardenia ey... hehehehe

RESIPI MUDAH GARLIC BREAD MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA BERSAMA INSTANT MUSHROOM SOUP

resipi garlic bread menggunakan roti gardenia, instant mushroom soup, resipi mudah minum petang

So petang tu masa nak buat garlic bread ni dok cerita kat Mr Grab (kena tuko name coz Uber dah shut down)... then dia cakap mentega/planta tu cairkan dulu pastu bawang putih tu cincang lumat baru sedap... kalau ikut MD memang gune blender kering jelah pun..hihihhi... MD pun bagitau kat Mr Grab, kalau cincang halus memang tak reti...then dia offer diri nak tolong cincangkan bawang putih tu....😉😉... syukur Alhamdulillah... hahahaha...

resipi garlic bread menggunakan roti gardenia, instant mushroom soup, resipi mudah minum petang
mentega yang sudah dicairkan digaul dengan bawang putih cincang halus

Image result for campbell mushroom soup, resipi garlic bread menggunakan roti gardenia, instant mushroom soup, resipi mudah minum petang
instant mushroom soup -sumber google-


BAHAN-BAHAN MEMBUAT GARLIC BREAD MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA

1. 1 buku kecil Roti Gardenia
2. 5 sudu besar Planta / Mentega 
3. 1 1/2  labu Bawang putih (cincang halus)

CARA-CARA MEMBUAT GARLIC BREAD MENGGUNAKAN ROTI GARDENIA


1. Mula-mula cairkan planta / mentega secara double boiled... 
2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah dicincang halus kedalam mentega yang telah dicairkan... (boleh jugak nak tambah origano flakes kalau ada)...
3. Kemudian sapukan di kedua-dua permukaan roti anda....
4. Panaskan kuali non stick, dan masak hingga garing dan keperangan....
5. Bancuhkan instant mushroom sup dengan air panas dan gaul sebati then bolehlah dihidang bersama garlic bread yang dah siap dimasak...

SELAMAT MENCUBA...

Wassalam

You Might Also Like

3 Luahan Hearty

  1. senangnya... buat sendiri je lah lepas ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa! Nanti nak try jugak lah buat. Heheh.

    ReplyDelete
  3. Memang selalu guna cara ni utk buat garlic bread sendiri. Boleh makan banyak sikit...

    ReplyDelete

setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);