SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

Assalammualaikum Dunia...  Baru-baru ni nurse dari KKIA call MD bagitau yang paras gula dalam darah melebihi daripada yang sepatutnya dan MD disahkan ada gestational diabetes mellitus... Apa tu gestational diabetes mellitus?...  Gestational diabetes mellitus (GDM)  atau diabetes ketika mengandung adalah keadaan dimana kandungan glukosa di dalam darah melebihi nilai normal...  Jangan risau kerana ia bersifat sementara dan akan hilang apabila bayi dilahirkan...Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon yang menyekat tindakan hormon insulin...

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

Siapa berisiko mendapat Gestational diabetes mellitus, gdm, komplikasi Dan risiko, paras normal gula dalam darah, info
Sumber google

1. Wanita yang mengalami peningkatan berat badan berlebihan semasa awal mengandung...
2. Terdapat sejarah keluarga yang menghidap Diabetes Mellitus...
3. Pernah mengandungkan bayi yang besar (melebihi 4kg) atau kematian bayi dalam rahim...
4. Terlalu gemuk ketika mengandung...
5. Mengandung ketika pada peringkat umur lebih 35 tahun...
6. Tekanan darah Tinggi melebihi 140/90mmHg... (Normal 130/80mmHg)...
7. Berat badan berlebihan sebelum mengandung (BMI≥ 25 kg/m2)...
8. Menghidap sindrom Ovari Polisistik (PCOS)...
9. Ketidaktoleransi glukosa (IGT)...

PARAS NORMAL MGTT

Ketika berpuasa           = < 5.6 mmol/L
2 jam selepas makan  = < 7.8 mmol/L

PARAS NORMAL BSP

Ketika berpuasa           = < 5.6 mmol/L
2 jam selepas makan  = < 6.7 mmol/L

** Bagi memeriksa BSP, darah perlu diambil sebanyak 4 kaki iaitu sebelum sarapan, 2 jam selepas sarapan, 2 jam selepas makan tengahari dan 2 jam selepas makan makan...

KOMPLIKASI ATAU RISIKO DARIPADA GESTATIONAL DIABETES MELLITUS

🍄 Pada Ibu
1. Risiko mendapat pre eklamsia iaitu tekanan darah meningkat
2. Tangan dan kaki menjadi sembab dan terdapat protein dalam air kencing
3. Menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan
4. Berisiko mendapat Diabetes Mellitus pada masa akan datang

🍆 Pada Anak
1. Bayi menjadi besar (melebihi 4kg)
2. Masalah pernafasan pada bayi
3. Masalah glukosa darah bayi
4. Penyakit kuning
5. Bayi meninggal dalam kandungan

Bagi memastikan kandungan paras gula dalam darah sentiasa terkawal, MD telah diberikan kaunseling oleh nurse berkaitan panduan pemakanan diet yang perlu diamalkan sepanjang tempoh ini agar kedua-dua kami (MD Dan baby) sihat dan tidak berlaku sebarang komplikasi.... Fuhh... Nilah padah makan tak beringat...hhuhuuhu.. Alhamdulillah dapat tau hal ni lepas dapat makan semua yang teringin... 😅😅😅... Takde r nak rase kempunan sangat Kan..😂😂😂

Korang yang tengah pregnant tu berjaga-jaga dalam pengambilan makanan yang bergula yer... 😁😁😁... Nanti MD sharekan pulak senarai makanan yang boleh Dan Tak boleh diambil oleh pesakit GDM ni...

Sumber: Pegawai dietetik HTAR Klang

Wassalam

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT GESTATIONAL DIABETES MELLITUS SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT GESTATIONAL DIABETES MELLITUS Reviewed by MasturaDin on March 24, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.