Ruang simpanan sentiasa menjadi masalah bagi keluarga yang tinggal di rumah yang bersaiz kompak. Tambah-tambah lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil. Semakin ramai penghuni rumah, semestinya semakin banyak barang keperluan dan ruang simpanan yang diperlukan. Apabila ruang yang ada adalah terhad, amat penting untuk pemilik rumah menjadi lebih kreatif dalam menggunakan ruang kosong yang ada sebagai ruang simpanan yang praktikal.
7 Idea Ruang Simpanan Tambahan untuk Pangsapuri Kecil
Jika anda kini sedang mengalami masalah ini, jom lihat beberapa idea menarik dan mudah untuk mempunyai ruang simpanan tambahan di ruang yang kecil.
1. Katil dengan ruang simpanan di sebelah bawah
Bagi bilik tidur yang agak sempit, gunakan katil dengan ruang simpanan berlaci di bahagian bawah katil. Katil dengan reka bentuk ini boleh didapati di kebanyakan kedai perabot. Tetapi, jika anda hendak menguji kebolehan anda untuk membina katil tersebut sendiri, anda boleh dapatkan inspirasi dari video yang pernah viral tidak lama dahulu dan turut dikongsi dalam artikel Build a Cheap Platform Bed Using IKEA Malaysia Parts.
2. Klip kertas untuk memastikan wayar tidak berpintal
Masalah wayar berpintal bukan sahaja menyakitkan mata, tetapi juga merbahaya. Cara paling mudah dan murah untuk menyusun wayar di meja kerja anda ialah dengan menggunakan klip kertas. Kepitkan klip kertas tadi di hujung meja dan masukkan kepala wayar pada bahagian atas klip itu.
3. Bod pepaku atau pegboard sebagai ruang simpanan serba guna
Kebiasaannya, pegboard digunakan di bengkel kayu atau makmal untuk menggantung peralatan supaya mudah dicapai dan kemas. Tetapi, tahukah anda yang pegboard juga boleh digunakan sebagai ruang simpanan serba guna di rumah anda? Letakkan pegboard di dapur untuk menggantung peralatan memasak atau letakkan di belakang pintu almari pakaian untuk menggantung aksesori.
Sumber: the36thavenue.com
4. Cangkuk bergam di pintu almari
Cangkuk jenis ini datang dengan pita pelekat di bahagian belakangnya. Tampal cangkuk ini di belakang almari untuk menggantung barang yang ringan dan kecil seperti kunci, aksesori dan topi. Jika anda mahu menggantung barang yang lebih berat, semak dahulu berat maksimum yang tertera pada kotak cangkuk tersebut.
5. Blok LEGO untuk mengatur barangan kecil
Ini adalah antara lifehack yang paling menarik dan kreatif. Jika anda (atau anak anda) mempunyai koleksi LEGO, gunakan blok LEGO untuk menggantung wayar dan kunci. Lekatkan karakter LEGO di dinding dan biarkan karakter LEGO itu ‘pegang’ wayar dengan rapi.
Sumber: lifehacker.com
6. Fail majalah untuk menyusun barang cara menegak
Selain menyimpan majalah dan dokumen, fail ini juga boleh digunakan sebagai ruang untuk menyusun barang keperluan lain dengan cara menegak. Lebih menarik lagi jika anda dapatkan fail ini yang diperbuat daripada kayu, dan lekatkannya di dinding atau pintu kabinet dapur untuk lebih menjimatkan ruang. Botol air, aluminium foil, surat dan risalah, semuanya boleh disusun dengan rapi dengan bantuan fail majalah ini.
7. Langsir untuk menggantikan pintu almari pakaian
Untuk bilik yang kecil, ruang untuk bukaan pintu almari sering menjadi masalah semasa menyusun atur perabot. Pilihan pertama untuk menjimatkan ruang adalah dengan menggunakan pintu jenis gelangsar. Namun, jika anda mahukan pilihan yang lebih menjimatkan wang dan ruang, gunakan langsir sebagai ‘pintu’ untuk almari pakaian tersebut.
Source: houzz.com
Tambah Ruang Simpanan Di Rumah Anda
Selain langkah D.I.Y. yang telah dikongsikan di atas, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat interior designer untuk menambah lebih banyak ruang simpanan yang praktikal di rumah anda. Interior designer yang berpengalaman akan membantu anda untuk mengambil ukuran, memilih bahan yang sesuai dan menghias ruang yang terlibat mengikut citarasa anda. https://www.recommend.my/
Layari Recommend.my untuk berhubung dengan interior designer berpengalaman berhampiran anda. Anda hanya perlu kongsikan maklumat ringkas tentang perkhidmatan yang anda perlukan melalui online request form, dan nantikan maklum balas serta sebut harga percuma dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Wassalam
wow.. idea menarik... papan boelh pasang cangkuk dan lego tu best... idea ni juga boleh digunakan dalam kelas, tentu keceriaan kelas akak jadi kebabom...
ReplyDeletewow! good sharing la. saya suka baca. Tips No5 tu first time tahu. hihi. TQ ya
ReplyDeletewah tengok gambar tu baru dapat idea
ReplyDeletethanks for sharing
sgt membantu
idea no 7 tu sgt menarik
ReplyDelete