7 SHOPPING MALL BEST DI JOHOR BAHRU


Johor Bahru adalah sebuah negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan bandaraya kedua terbesar selepas Kuala Lumpur. Selain itu, Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan utama dimana pelancongan memberikan sumbangan yang besar dalam ekonomi Johor Bahru. Di sebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Singapura, Johor Bahru sentiasa menjadi tempat persinggahan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.


Pelbagai tarikan yang ada boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong tetapi kali ini, MD nak share terutamanya kepada kaki shopping di luar sana. Selain Kuala Lumpur, terdapat banyak
shopping mall best in Johor BahruDengan adanya banyak shopping mall best di Johor Bahru, ia dapat memudahkan para pelancong dalam membuat pilihan untuk membeli ole-ole atau souvenier untuk dibawa pulang dan diberikan kepada ahli keluarga atau sahabat handai mereka. Di musim perayaan, bukan sahaja orang-orang di Johor, orang-orang dari Singapura juga datang shopping di Johor Bahru sebab lebih murah. Jom kita tengok 7 senarai shopping mall di Johor Bahru yang MD pilih.



7 SHOPPING MALL BEST DI JOHOR BAHRU

shopping mall best di johor bahru, johor bahru, traveloka, ikea tebrau, aeon tebrau, paradigm mall, plaza pelangi, johor premium outlet,city square, danga city mall

1. Aeon Mall Tebrau City

aeon tebrau, shopping mall best di johor bahru
sumber : google
Bagi mereka yang ingin datang ke sini samaada untuk membeli-belah, window shopping atau makan-makan bolehlah melalui JB Sentral.

Sebab-sebab mengapa perlu ke Aeon Mall Tebrau City:-
1. Sales besar-besaran semasa musim perayaan
2. Terdapat banyak restoren yang menyediakan beraneka makanan yang lazat..
3. Penyediaan WIFI percuma kepada para pelanggan.
4. Sesuai untuk bawak family dan anak anak sebab ada Fanpekka, taman tema untuk kanak-kanak.

Alamat: Aeon Tebrau City Shopping Centre, 1, Jalan Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Malaysia
Waktu Operasi:
Ahad - Khamis: 10.00am – 10.00pm
Jumaat - Sabtu: 10.00am – 11.00pm
No telefon : +607352 2220

2. IKEA Tebrau Johor Bahru


ikea tebrau, shopping mall best di johor bahru, tempat menarik di johor bahru
sumber : google
IKEA telah membuka cawangan baru di Johor Bahru (dipanggil IKEA Tebrau) pada 16 November 2017 Terletak berhampiran Jalan Desa Tebrau, IKEA Tebrau adalah cawangan pertama yang dibina di Selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara. IKEA terkenal dengan menawarkan khidmat menjual perabot rumah mudah pasang dengan harga yang berpatutan dan mampu milik disamping memberikan penyelesaian tentang susun atur perabot yang direka.


Jadi kepada korang yang tinggal di selatan tanah air (melaka, mersing, pahang) tak perlu lagi turun ke Kuala Lumpur untuk shopping barang-barang IKEA.  

Alamat: 33, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Sehingga 10 pm
No telefon: +6037952 7575

3. Johor Premium Outlet


johor premium outlet, shopping mall best di johor bahru, tempat menarik di johor bahru
sumber : google
Terletak dikawasan yang strategik iaitu dibahagian selatan koridor pembangunan Iskandar Malaysia menjadikan Johor Premium Outlet sebagai shopping mall best dan mudah untuk dikunjungi kerana lokasinya di Laluan Selatan Lebuhraya Utara-Selatan atau  boleh juga melalui Indahpura Interchange Lebuhraya Link Kedua. Ini sangat memudahkan perjalanan warga Singapura untuk berkunjung ke sini. Johor Premium Outlet merupakan mall premium pertama yang menjual barangan berjenama di Asia Tenggara.


Kat sini, boleh lah membeli barang-barangan berjenama dengan harga yang lebih murah berbanding di tempat-tempat lain. Memang rambang mata juga kalau datang shopping di sini terutamanya di masa-masa jualan murah sewaktu musim perayaan. Bagi kaki shopping barang barang-barang berjenama, kat sini memang tempat korang.

Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor
Waktu Operasi : Isnin-Ahad (10am-10pm)
No Telefon: +607661 8888

4. Danga City Mall


danga city mall, shopping mall best di johor bahru, tempat menarik di johor bahru
sumber : google
Danga City Mall adalah pusat membeli-belah yang mempunyai kawasan seluas 1,000,000 kaki persegi (93,000 m2) dan ruang seluas 500,000 kaki persegi (46,000 m2) di 7 tingkat. Penyewa utama untuk Danga City Mall adalah METROJAYA, sebuah rangkaian dalam industri peruncitan Malaysia. Danga City Mall adalah pusat membeli-belah yang mesra keluarga. Ia juga menempatkan pelbagai kemudahan hiburan.

Pusat membeli-belah ini bukan sekadar shopping mall biasa kerana disini juga disediakan banyak pameran di dewan EXPO bagi para pengunjung bertuah. Antara pameran yang telah diadakan sejak penubuhannya, termasuk Expo Ibu dan Bayi, Pameran Pembuatan Malaysia (MYMEX) dan Ekspo Kerjaya dan Ekspres Malaysia.

Alamat: Danga City Mall, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru, Johor,Malaysia.
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (11 pagi hingga 9 malam)
No Telefon:  +607221 5008 

5. City Square Johor


city square, shopping mall best di johor bahru, tempat menarik di johor bahru
sumber : google
Berhampiran dengan Causeway Link, City Square Johor menjadi tumpuan popular bagi penduduk dari utara Singapura. Berita baik untuk warga Singapura kerana harga barang di sini jauh lebih murah daripada Singapura. Malah pawagam Cathay di sini menawarkan tiket murah. “Murah, selesa dan bersih” telah menjadikan pusat membeli-belah ini bernilai dimata pengunjung.

Alamat: Johdaya Karya Sdn Bhd, Lot J3-12A, Level 3, Pusat Beli-Belah Bandaraya Johor Bahru, 106 - 108 Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru
Waktu Operasi: 10:00 pagi - 10:00 petang
No telefon: +607226 3668

6. Plaza Pelangi


Image result for plaza pelangi johor,ikea tebrau, shopping mall best di johor bahru, tempat menarik di johor bahru
sumber : google
Plaza Pelangi adalah salah satu pusat membeli-belah ikonik Johor Bahru dan terkenal dikalangan warga Johor dan Singapura. Ia terletak di pusat bandar Johor Bahru. Plaza Pelangi terletak kira-kira 8 minit memandu dari City Square Johor.

Alamat: 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am-10pm)
No Telefon: +607276 2216

7. Paradigm Mall


Image result for ice skating paradigm mall johor, ikea tebrau, shopping mall best di johor bahru, tempat menarik di johor bahru
sumber : google
Berhampiran dengan destinasi pelancongan utama Johor Bahru iaitu Legoland, Paradigm Mall adalah pusat membeli belah serantau pertama dan terbesar  disini. Paradigm Mall terletak di sepanjang Lebuhraya Skudai (hanya 20 minit perjalanan dari Woodlands Causeway), Paradigm Mall JB menjangkau lebih dari 2 juta kaki persegi dan mempunyai pawagam terbesar  yang dikendalikan oleh Golden Screen Cinemas.  Ia juga mempunyai gelanggang ice skating terbesar di Johor. Ice skating merupakan hiburan paling digemari dikalangan para pengunjung.

Alamat: Paradigm Mall Johor Bahru, Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10 am-10 pm)
No Telefon: +60378011188


Bagi korang dari negeri lain atau negara lain yang ingin bercuti ke Johor Bahru, pastinya turut mencari tempat kediaman atau hotel-hotel untuk menginap disana. So korang boleh layari website Traveloka dan membuat pilihan hotel mana yang menjadi pilihan hati. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan. Tips, untuk dapat harga lebih murah, download app Traveloka sekarang. Selalunya pelbagai promosi-promosi hebat diberikan untuk pengguna app berbanding di laman web.

Korang boleh juga layari laman web Unseen Malaysia untuk mencari tempat-tempat yang menarik yang boleh dilawati di negeri-negeri lain seluruh malaysia. Terdapat 41 tempat-tempat menarik yang disenaraikan di sini yang boleh dijadikan sebagai panduan perancangan cuti-cuti Malaysia korang nanti.
Sumber :
https://www.tripzilla.com/shopping-malls-johor-bahru/70832
https://linayippy.wordpress.com/tag/plaza-pelangi/
https://siraplimau.com/5-perkara-menarik-paradigm-mall-johor-bahru-agaknya-orang-johor-tahu-tak-pasal-ni/

Wassalam
7 SHOPPING MALL BEST DI JOHOR BAHRU  7 SHOPPING MALL BEST DI JOHOR BAHRU Reviewed by MasturaDin on January 29, 2018 Rating: 5

23 comments:

  1. Banyak sangat pilihan sekarang nak pergi shoping mall dekat jay bee.JPO yang dah lama buka pun saya tak pernah jejak lagi hihihi

    ReplyDelete
  2. Kalau ke Johor pasti singgah JPO nak sshopping. skrg ada paradigm johor lg meriah dan seronok la JB

    ReplyDelete
  3. Masa ke johor tahun lepas ingat nak ke CSJ tu sekali nak masuk parking je punya ramai beratur. Cancel terus. JPo pun tak masuk lagi. Huhu

    ReplyDelete
  4. Lama tak pergi Johor sampai lupa tempat menarik. Thank you sebab share!

    ReplyDelete
  5. wah, macam-macam dah tarikan di JB, tahun lepas pergi bercuti ke JB tak sempat singgah mana-mana shopping mall pun.

    ReplyDelete
  6. dapat shopping3 ni memang syok gila kan..tapi johor tak pernah jejak lagi..

    ReplyDelete
  7. Wow.. Johor maju.. nnti pergi Johor boleh mark tempat2 ni.. TQ sis http://norfanil.com/review-maze-runner-death-cure/

    ReplyDelete
  8. Kebetulan sangat tengah berada di Johor nie. Thanks for the reccommendation !

    ReplyDelete
  9. macam2 shopping mall ada..tapi selalu tengok org pergi premium outlert tu

    ReplyDelete
  10. assalam Mas..lama x jln2 sini..masih ingat pada sis JM x :-)

    ReplyDelete
  11. antara 7 mall..pradigm mall belum sampai..tapi ada dgr org ckp..kat tempat parking agak 'keras'..ramai kena usik terutama waktu malam..tapi x pasti kesahihan tu

    ReplyDelete
  12. Ya betul semua mall tu best gilaaaa. Paradigm mall tu ada ice skating weiii. Hahaha. Seronok dah pi Johor. Dulu saya pulun ke JPO je. Sekarang semuanya ada. Yayyy

    ReplyDelete
  13. Johor memang banyak sangat main attraction nak pergi cumanya mahal lah bagi rakyat marhaein macam kami ni. Tapi serius Johor makin lama makin cepat membangun

    ReplyDelete
  14. Johor pun dah banyak shopping mall menarik kan. Apa pun JPO tetap di hati. Sebab barang dia sale best gila & murah.

    ReplyDelete
  15. Wow! Nak shopping untuk chinese new year.. Shop kat kl je, jb banyak jauh..

    ReplyDelete
  16. Johor pernah pegi sekali je. Dah try Danga city mall. Menariknya info ttg web unseen tu. Tq for sharing :)

    ReplyDelete
  17. Makin meriah Johor Bahru sekarang nie.. Dulu kalau pergi, rasa tak tahu nk pergi ke mana...

    ReplyDelete
  18. baru tahu ada banyak shopping mall yang best dekat jb.

    ReplyDelete
  19. Ada a few yang Rawlins tak masuk lagi. Adakah maknanya Rawlins kena rancang ke selatan dengan segera? Hehe

    ReplyDelete
  20. Onie baru masuk JPO dia, hehe...lelain tu belum lagi.. Paling best warga Johor adalah kewujudan IKEA kan kan kan,hihi... Mesti penuh je hujung minggu orang ke sana.

    ReplyDelete
  21. teringin nak pergi Ikea baru tu... sebab katanya best besar dari yang dekat KL

    ReplyDelete
  22. Wah byk nya shopping mall yg mnarik kt johor ye..kita pernah smp jb sekali je dr melaka msa study dulu..itupun day trip sebab pi knduri kwen member..nx time kalau ke sana boleh la check mall2 ni

    ReplyDelete
  23. ada list mcm ni senanglah nak buat pilihan nanti

    ReplyDelete

Powered by Blogger.