PERMOHONAN INSENTIF PERKAHWINAN BELIA YAWAS BAGI ANAK SELANGOR ATAU YANG BERMASTAUTIN MINIMUM 10 TAHUN DI SELANGOR BERUMUR 35 TAHUN KE BAWAH

Assalammualaikum Dunia... Alkisahnya, hari tu sesajalah isi permohonan insentif perkahwinan belia Yawas bagi anak selangor atau yang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor... Ingatkan susahlah step-step nak mohon insentif perkahwinan belia Yawas, rupanya mudah sangat.... MD mohon selepas 6 bulan bernikah... Yang penting masa nak mohon tu masih dalam tempoh 12 bulan tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan...

PERMOHONAN INSENTIF PERKAHWINAN YAWAS BAGI ANAK SELANGOR ATAU YANG BERMASTAUTIN MINIMUM 10 TAHUN DI SELANGOR BERUMUR 35 TAHUN KE BAWAH



permohonan insentif perkahwinan belia Yawas, YAWAS, cara permohonan, alamat yawas


MD isi borang insentif perkahwinan belia Yawas ni pada 03 Oktober 2017 >>> http://kahwin.yawas.my/index.php ... Klik pada permohonan baru, dekat sini ada dinyatakan makluman utama, syarat-syarat permohonan insentif perkahwinan belia Yawas dan dokumen sokongan yang wajib dihantar >>> http://kahwin.yawas.my/permohonan_baru.php ... 

Pastikan selepas isi borang permohonan, borang hendaklah dicetak dan bagi yang bukan anak Selangor tetapi sudah menetap di Selangor paling minimum 10 tahun akan disertakan sekali borang pengesahan permastautin yang perlu disahkan oleh Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid) 

Borang yang telah dicetak perlu dihantar dalam masa 2 minggu selepas permohonan... Macam kitorang hari tu mula-mula try call JPN Gombak confirmkan boleh atau tidak submit borang di sana tapi sedihnya sebab pihak JPN Gombak memaklumkan yang kaunter Yawas disitu sudah ditutup dan pihak JPN sarankan untuk kami hantar pada Adun Parlimen berhampiran rumah... kalau alamat rumah Rawang, so boleh hantar kepada pusat khidmat Dun Rawang atau pun boleh hantar terus ke ibu pejabat Yawas... Kalau takde masa boleh guna poslaju dan kena pastikan borang tu sampai sebelum tamat tempoh... Kalau tak, permohonan korang tidak akan dilayan...

permohonan insentif perkahwinan belia Yawas, YAWAS, cara permohonan, alamat yawas
Dapatkan pengesahan daripada pihak Yawas untuk kegunaan jika ada sebarang masalah

Sebelum borang dihantar ke Yawas, pastikan buat salinan untuk simpanan kita terlebih dahulu... Dapatkan pengesahan penerimaan daripada pihak Yawas sewaktu borang permohonan dihantar yer, so jika terjadi apa-apa boleh dijadikan rujukan... Selepas seminggu atau dua minggu  borang dihantar ke Yawas, bolehlah buat semakan online untuk melihat status permohonan....

 

Jika status permohonan lulus akan dipaparkan DILULUSKAN pada status permohonan.... Alhamdulillah, rezeki kami... Apabila sudah lulus, dalam masa 2 bulan Dun berhampiran dengan alamat rumah kita  (macam kami Dun Rawang)  akan call untuk ambil Insentif perkahwinan....Insentif perkahwinan akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (BSN)... 


permohonan insentif perkahwinan belia Yawas, YAWAS, cara permohonan, alamat yawas



Alamat YAWAS

Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
03-5481 8800

Wassalam

PERMOHONAN INSENTIF PERKAHWINAN BELIA YAWAS BAGI ANAK SELANGOR ATAU YANG BERMASTAUTIN MINIMUM 10 TAHUN DI SELANGOR BERUMUR 35 TAHUN KE BAWAH PERMOHONAN INSENTIF PERKAHWINAN BELIA YAWAS BAGI ANAK SELANGOR ATAU YANG BERMASTAUTIN MINIMUM 10 TAHUN DI SELANGOR BERUMUR 35 TAHUN KE BAWAH Reviewed by MasturaDin on November 03, 2017 Rating: 5

4 comments:

  1. oooooo untunglah jadi anak selangor, dari yang baru lahir, yang nak kahwin dan ibu2 di selangor semua dapat bahagian... insentif utk belia yang nak kahwin ni kedua2nya boleh minta atau terhad pada satu je untuk setiap pasangan berkahwin ye... ha ha ha dah expired x boleh nak mohon tapi nak tau juga....

    ReplyDelete
  2. Wah kahwin pun skg dah dpt bantuan..berapa kah jumlahnya?

    ReplyDelete
  3. MASA AMBIL SSP PREMIUM TU BOLEH TERUS CLAIM KE

    ReplyDelete

Powered by Blogger.