TIPS PEMILIHAN FABRIK JUBAH DI LANAFIRA.COM





Assalammualaikum Dunia... Butik Muslimah Online kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan... Lanafira.com salah satu daripadanya... Lanafira.com merupakan butik Muslimah Online yang menjual pakaian Muslimah mengikut trend dan gaya terkini, harga yang berpatutan dan menggunakan fabrik yang berkualiti..

Butik online ini memfokuskan kepada mempromosikan pakaian Muslimah termasuk baju peplum, baju kebaya moden, baju kurung, dress labuh, blouse dan tudung...

Lanafira.com bukan sahaja butik online yang menjual pakaian Muslimah malah menyediakan tips dan trick bagaimana untuk menggayakannya bersesuaian dengan cara korang mengikut trend terkini...

LANAFIRA.COM BUTIK MUSLIMAH ONLINE 2017

butik muslimah, pakaian muslimah, butik online, lanafira.com
ANEKA PAKAIAN MUSLIMAH DI LANAFIRA.COM
Antara tips dan trick yang dikongsi di Lanafira.com yang menarik minat MD untuk dikongsi dengan korang adalah Tips Pemilihan Fabrik Jubah... Kebiasaanya, MD akan memilih Jubah sebagai pakaian harian bekerja kerana ia besar dan memudahkan berjalan naik turun tren... Kalau sebelum ni nak beli Jubah main hentam keromo je tapi dengan tips yang disediakan di Lanafira.com ia memudahkan MD untuk membuat pilihan yang tepat sebelum membelinya...

TIPS PEMILIHAN FABRIK JUBAH DI BUTIK ONLINE LANAFIRA.COM

butik muslimah, pakaian muslimah, butik online, lanafira.com
TIPS PEMILIHAN FABRIK JUBAH DI LANAFIRA.COM
Berikut adalah jenis-jenis fabrik yang digunakan dan tips-tips pemilihan jubah moden mengikut kesesuaian anda: –
  1. Koshibo
Fabrik ini biasanya digunakan dalam penghasilan jubah kerana harganya yang rendah berbanding jenis fabrik yang lain. Ia merupakan fabrik tenunan yang diperbuat daripada serat polister atau 100% polister.
Terdapat dua jenis Koshibo yang biasa digunakan dalam penghasilan jubah moden iaitu: –
  1. Heavy Koshibo – Ciri-ciri fabrik ini adalah ianya lebih tebal, tidak jarang dan tidak panas berbanding peach Koshibo. Jika korang berada di kawasan bersuhu sederhana / dingin dan ingin menggayakan jubah yang berwarna terang, jubah heavy Koshibo adalah pilihan yang terbaik untuk korang...
  2. Peach Koshibo – Ciri-ciri fabrik ini adalah ianya lebih ringan, agak jarang dan lebih dingin berbanding heavy Koshibo. Jika korang berada di kawasan bersuhu panas, jubah peach Koshibo adalah lebih sesuai tetapi pemilihan warna yang gelap adalah perlu bagi mengelakkan jubah tampak jarang dan menampakkan tubuh badan korang...
  1. Crepe
Fabrik ini dikatakan amat popular dan menjadi pilihan utama oleh kaum hawa di Malaysia. Ia biasanya diperbuat daripada kapas, bulu biri-biri, sutra, sutra buatan ataupun polister.
Terdapat dua jenis Crepe yang biasa digunakan dalam penghasilan jubah moden iaitu: –
  1. Como / Poly Crepe – Fabrik ini menjadi pilihan ramai kerana sifatnya yang lembut dan mudah lentur di mana ianya penting untuk memudahkan si pemakai bergerak. Selain itu, tekstur kainnya tampak kasar dan tidak kelihatan bersinar seperti kain KoshiboOleh kerana ciri Como / Poly Crepe yang agak berat, ia mampu menjadikan si pemakai tampak kurus dan bergaya. Ia juga sukar untuk berkedut di mana anda hanya perlu menyeterikanya secara ringkas dan mudah untuk dibasuh.
  2. Moss Crepe – Fabrik ini juga amat popular di kalangan peminat jubah moden tempatan di mana ia mempunyai banyak persamaan dengan Como / Poly Crepe. Bezanya adalah ia lebih lembut dan nipis walaupun tidak jarang sehingga mendedahkan aurat. Oleh kerana ia lebih lembut, bagi mereka yang mempunyai fizikal yang besar mungkin berlaku sedikit lekapan pada si pemakai. Fabrik ini biasanya digunakan untuk penghasilan blousecardigan atau shawl.
  1. Kain Kapas
Walaupun terdapat banyak fabrik baru yang digunakan dalam penghasilan jubah moden, kain kapas masih mendapat tempat di hati muslimah tanahair kerana faktor iklim tropika di Malaysia yang menerima pancaran matahari sepanjang tahun.
Ciri-ciri kain kapas adalah seperti selesa, menyerap peluh, jarang mengakibatkan alahan kulit, penebat haba ketika cuaca sejuk dan tahan lasak menjadikannya sesuai untuk negara yang terletak di atas garisan Khatulistiwa.
Berikut adalah jenis-jenis rekaan jubah kain kapas: –
  1. Straight Cut – Stail ini tampak ringkas dan sesuai bagi citarasa mereka yang tidak menggemari jubah yang kembang. Potongan ini tidak terlalu longgar atau ketat seperti potongan slim fit yang menonjolkan tubuh badan si pemakai. Ia amat sesuai untuk golongan yang bertubuh langsing atau kecil.
  2. Color Block – Stail ini menggabungkan tiga jenis warna pastel yang biasanya terdiri daripada warna cerah. Ianya sesuai bagi golongan muda yang gemar untuk berfesyen atau kanak-kanak kerana ia lebih menonjol berbanding rekaan yang lain.
  3. Dua Warna – Stail ini menggabungkan 2 warna dengan jahitan pada bahagian tengah di mana ia merupakan evolusi awal kemunculan rekaan jubah moden.
  4. Satu Warna – Stail ini boleh dianggap sebagai rekaan tradisional tetapi masih popular di kalangan peminat fesyen tempatan yang memilih untuk menggayakan rekaan tampak kosong yang tidak terlalu menonjol.
Inilah beberapa tips pemilihan jubah moden yang sesuai untuk korang gayakan. Lepas ni tiada alasan lagi untuk tidak mencuba busana jenis ini. LANAFIRA juga turut menghasilkan beberapa rekaan jubah moden terkini untuk pakaian wanita seharian. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : www.lanafira.com
Ig : @lanafiraofficial



Wassalam
TIPS PEMILIHAN FABRIK JUBAH DI LANAFIRA.COM TIPS PEMILIHAN FABRIK JUBAH DI LANAFIRA.COM Reviewed by MasturaDin on October 16, 2017 Rating: 5

20 comments:

  1. Wahh macam best aje koleksi keluaran Lanafira ni. Nak terjah jap. Hahah!

    ReplyDelete
  2. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete
  3. Bagus juga koleksi Lanafira ni. Memenuhi keadaan cuaca di Malaysia :)

    ReplyDelete
  4. Banyak juga material yg boleh digunakan. Kebanyakan jubah moden skrg guna moss crepe dan ia agak menampakan tubuh badan kita. Tp kena pandai pilih warna nak elak kan dari nampak ketara kan. Tq for the tips.

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik gak baju kat Lanafira ni..sesuai untuk wanita yg mementingkan gaya dan tak nak ketinggalan dengan fesyen2 terkini...

    ReplyDelete
  6. Lanafira sentiasa menepati ciri-ciri muslimah. Jenis kain yang digunakan pun berkualiti

    ReplyDelete
  7. Bagus juga koleksinya

    http://www.masih.tk

    ReplyDelete
  8. Design2 bj dekat lanafira nie mmg best..menarik sgt

    ReplyDelete
  9. koleksi di lanafira tak pernah mengecewakan haha nak pergi usha japgi

    ReplyDelete
  10. baru tau ada butik online nama lanafira.com. boleh pas ni shopping kat cni plak. info ttg jenis fabrik sgt bagus utk sy coz sblom ni xtau pon jenis kain,just main beli je.

    Coach Lisa
    www.blogmamalisa.com

    ReplyDelete
  11. Cantik design keluaran lanafira . CCL suka material crepe

    ReplyDelete
  12. banyak pilihan. Terima kasih kongsi tip cara nak pilih jubah.

    ReplyDelete
  13. Moden dan trendy jugak ye rekaan butik lanafira ni.
    lepasni makin senanglah nak cari pakaian muslimah.

    ReplyDelete
  14. rambang mata tgk jubah moden dia. Material dia guna pun best sgt.

    ReplyDelete
  15. Maklumat yang bermanafaat untuk pemilihan kain yang sesuai.

    ReplyDelete
  16. Good info senang nak pilih baju kalo tau material kain camni...

    ReplyDelete
  17. i love it, is it called fashionista + Hijab = Hijabnista ?
    I also love to shopping for baju kurung during hari raya time!
    I going to search for a right one with right cloth.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.