RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE LEMBUT

by - September 28, 2017

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT

Assalammualaikum Dunia... Semalam masa tengah scroll-scroll FB ternampak seseorang share resepi roti canai lembut. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan untuk buat roti canai ni semua ada dekat rumah dan sangat mudah so balik kerja malam tu sambil tengok tv kite menguli roti canai ni....
resepi roti canai lembut, cara mudah buat doh roti canai, homemade roti canai
Aneka bentuk roti canai hasil kreativiti Mr Uber...hihihi


Hakikatnya, walaupun bahan-bahan yang digunakan untuk buat roti canai sangat mudah tapi jangan sangka pembuatannya juge mudah yer korang... hahaha... masa dah bancuh bahan-bahan roti canai ni baru tergedix nak baca step-step nye sekali mak aiii terkejut tengok kat resepi tu tulis " (lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik, so disini laa cabaran buat roti canai.. Kalau sesiapa yg nak uli roti canai tu,pastikan tenaga anda telah dijana secukupnya lebih-lebih lagi otot-otot lengan..hehehe)" ... Hahahaha... terlajak perahu boleh diundur, terlajak bancuh tepung, uli jelah labu... sado terus rase lengan lepas uli tepung roti canai ni...😂😂😂 ...Resepi yang MD share ni original dari pemiliknya tau...

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DOH ROTI CANAI

kredit : @resepi masakan malayu
1 kg tepung gandum (ayak dulu kalau rajin)

4 sudu besar majerin planta (cairkan dan sejukkan terlebih dahulu)
480ml air (anggaran- tuang sikit-sikit)
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji telur


CARA-CARA UNTUK MEMBUAT DOH ROTI CANAI

resepi roti canai lembut, cara mudah buat doh roti canai, homemade roti canai

-Taburkan tepung di atas meja (pastikan beralas dengan plastik dahulu) atau dulang... Buat bentuk seperti gunung berapi (bulat di tengah)
- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin dan telur di tengah...
- Gaul kesemuanya hingga sebati... Kemudian gaul dengan tepung...
- Tuang air sedikit demi sedikit....
- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut (lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik, so disini laa cabaran buat roti canai.. Kalau sesiapa yg nak uli roti canai tu,pastikan tenaga anda telah dijana secukupnya lebih-lebih lagi otot-otot lengan..hehehe)
- Tapi kalau ada mixer (mesin penguli roti) atau breadmaker, bolehlah guna.. Tak payah habis tenaga nak uli kan..
- Biarkan doh tadi selama 2 jam...
- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin atau boleh juga guna minyak masak dan buat bulat kecil kecil...Pastikan rata dengan majerin @ minyak...
- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
- Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing-masing... (kalau siapa pandai tebar maka tebarlah.. Yang tak pandai maka gunakan kaedah tarik perlahan-lahan atas dulang besar)

- Panaskan non stick pan dan masakan roti canai...
- Siap dan boleh dihidang bersama kari, sambal sotong atau susu manis... 


****1kg tepung boleh menghasilkan 12-15 keping roti canai..bergantung pada size yg anda inginkan sendiri..

Selamat Mencuba.. 😍😍😍
Wassalam

You May Also Like

3 Luahan Hearty

  1. Alaa...nak tgok bideo..nak tgok lengan sado uli tepung roti canai..hahaha..larikkkkkk

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba buat roti canai sendiri nie . Ada bakat boleh bukak gerai , hehe

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)