KAKI MERANA AKIBAT SALAH PILIH KASUT

by - September 20, 2017

PEMILIHAN KASUT YANG SESUAI UNTUK KAKI PERLU DITITIKBERATKAN 

Assalammualaikum Dunia... Hari ahad 10 September 2017, MD mendapat panggilan telefon daripada Mak yang mengatakan ayah demam... Bila ditanya demam sebab apa, Mak bagitau tapak kaki ayah bengkak dan nampak ada nanah... gula dalam darah tinggi... MD tanya Mak berapa tinggi tu dan Mak cakap bacaan gula dalam 11 macam tu.... Dalam hati MD agak pelik, takkan 11 dah boleh sampai bernanah sedangkan takde luka pun kat tapak kaki ayah tu... Disebabkan tak sedap hati MD ajak Mr Uber balik tengok ayah malam tu.... Memang kelihatan macam nanah dekat tapak kaki bawah jari kelingking... Risau sangat time tu... siap pesan dengan ayah kalau Isnin keje takyah pakai kasut sebab takut terkempam nanti lagi teruk....

pentingnya pemilihan kasut, kisah aku, jenis-jenis kasut dan kaki

Malam before balik tu ayah cakap dia nak MC... lega hati dengar, sekurang-kurangnya ayah boleh rehatkan kaki dan tak perlu pakai kasut bertutup... Lepas zohor hari Isnin dalam pukul 1.30pm, Mak mesej...
:
"Assalamualaikum uda.
Tolong doakan ayah ye...esok doktor nak operate pkl 2.30 ptng. Sekrng tengah tunggu masuk wad kat KPJ"
Berderau darah MD baca mesej ni... airmata takyah cakaplahkan dah macam air terjun... dalam minda dok terfikir " kenape nak sampai operate?".. Tak tunggu dah terus call Mak.... Doa berkepuk-kepuk time tu mohon Allah sembuhkan ayah.... Mak cakap pagi tu ayah pi klinik sebab nak mintak MC tetibe doktor bagi surat refer pakar sebab doktor klinik bagitau dah bernanah...Sampai KPJ, doktor pakar cek, siap cucuk-cucuk, tekan-tekan, picit-picit lagi, tapi Mak cakap takde nanah pun keluar... Result daripada ujian tu, doktor bagitau kaki ayah jadi gitu disebabkan kasut yang dipakai tak sesuai dengan kaki... nampak ada tekanan yang kuat kat tapak kaki tu... Doktor siap suruh bawak kasut tu tunjuk kat dia lagi...tanya berapa lama dah ayah pakai...Anggaran lebih kurang 2bulan ayah pakai kasut tu... Ayah cakap kasut tu selesa dengan kaki dia...And jawapan doktor, tak semestinya kasut yang sedap dipakai tu sesuai dengan kaki kita...  

Ayah kena tahan sebab doktor nak pantau keadaan kaki ayah... kuman tu cepat sangat merebaknya... sample diambil untuk pastikan antibiotik apa yang sesuai untuk diberikan.. before ni masa pi klinik doktor bagi ubat antibiotik untuk kencing manis... kira ubat tu tak sesuai dengan sakit ayah ni... Macam kes ayah, Masa first door pakar cek, takde nanah tapi esoknya masa dressing doktor bagitau dah ade nanah... So nanti Masa operation doktor akan cuci bersih nanah dan buang daging yang dah rosak... Nama kuman tu heavy growth of staphy lococcus aureus sebab dia bawak nanah sekali...  😇😇.😍 


CARA UNTUK MENGENAL PASTI KASUT YANG SESUAI UNTUK KAKI


KAKI JENIS A
pentingnya pemilihan kasut, kisah aku, jenis-jenis kasut dan kaki
sumber google

Kaki jenis bentuk A ni meruncing didepan.. so kasut yang sesuai jenis menajam didepan...

KAKI JENIS B


sumber google

Kaki jenis bentuk B pula melebar didepan.. so kasut yang sesuai jenis yang kembang didepan..

Refer pada kes ayah ni, kaki dia jenis B, tapi dia pakai kasut jenis A... So kaki tu tak dapat nak menampung bentuk kasut tambah pula ayah guna kasut tu untuk kerja, hantar pekerja balik kat klia, hantar pekerja sakit gi hospital Kuala Lumpur...pakai pagi, petang baru bukak...memang banyak berjalannya...lepasni doktor advise untuk ayah tempah kasut lain... kalau tak jadi gini kami takkan tau keburukan pakai kasut semberono (sebarangan) je...Kebiasaannya, MD akan pilih kasut bentuk A sebab nampak cantik berbanding bentuk B yang nampak bulat didepan... Tak pasal-pasal kena operate kang...huhuhu

Alhamdulillah, daripada apa yang Mak ceritakan kira cepat juga masa untuk kaki ayah recover... lepas operate selasa tu doktor memang biarkan berlubang bagi daging baru tumbuh semula, rabu dressing nampak lagi tulang jari kaki.. Khamis dah tak nampak tulang jari, Ahad Mak dressing, daging dekat bahagian berlubang dah terisi...tinggal tunggu kulit baru je tumbuh...lepasni doktor advise untuk ayah tempah kasut lain yang bebetul sesuai dengan kaki dia...Hope dapat jadi ikhtibar untuk yang lain....

Wassalam


You May Also Like

11 Luahan Hearty

  1. Adui kalau bab mak ayah ne mmg air mata macam air terjun jew hatta demam pun. Semoga ayah MD cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah makin okay kaki ayah kak mas. Bahaya juga eh. Kc pun pilih kasut ikut selesa je. Kalau tak selesa, tahan je sakit haha tapi tak tahan lama2.

    Kc rasa kc kaki jenis A kot. Jenis ke depan hehehe

    ReplyDelete
  3. syafakalllah buat ayah akak.. In shaa Allah dipermudhkan segalanya.. pemilihan kasut ni memang penting

    ReplyDelete
  4. Ya Fattah Ya Salam, semoga ayah sis cepat sembuh... teringat kasut sekolah anak akak pun dah ketat, kesian dia...

    ReplyDelete
  5. Fuh seriau baca , nasib baik cpt recover ..

    ReplyDelete
  6. Semoga ayah cpt sihat. Arwah mak mama pun Ada kencing manis. Boleh belikan kasut yg sesuai utk pesakit kencing manis. Mmg comfy

    ReplyDelete
  7. Kita ni memang tak pernah ambik kisah pasal kasut yang nak dibeli dan dipakai kan? Asal cantik dan murah jer. Saya pun kena ambik kisah juga lah bab ni.

    Semoga ayah cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  8. tak sangka kasut pun boley sebabkan macam tu, igt paling kuat pun melecet j. lepas ni kena pandai pilih ikut kesesuaian kaki la bukan pada cantik semata.semoga ayah awak cpt sembuh.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah , ayah kak mas dah sembuh . Kasut ini kalau salah pilih boleh melecet kaki , pedih je kena air .

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (71) review (65) info (62) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)