RESEPI PANCAKE TANPA TELUR

by - September 15, 2017

RESEPI PANCAKE TANPA TELUR

Assalammualaikum Dunia... Hujung minggu lepas, Mr Uber cakap nak breakfast lempeng...Bile dia cakap nak makan lempeng, terus terlintas dalam fikiran MD nak cicah dengan sambal tumis cili padi pecah telur...Tapi dia cakap nak cicah dengan benda manis, so cancel terus nak masak sambal tumis cili padi pecah telur...huhuhu... Kebetulan pulak susu manis dah kehabisan stok dekat rumah, MD gantikan dengan madu Ustaz Dusuki beli dari Thibbun Nabawi...Bila dah cicah dengan benda manis lebih sesuai kite panggil pancake kan daripada lempeng... baru nampak bandarnya..hihihihi... #gedix ... Pastu hias sikit pancake tu dengan buah strawberi lebih buat jelly konnyaku raya haji ritu... baru style...hahahaha...


resepi pancake tanpa telur, menu minum petang, pancake mudah, lempeng


BAHAN-BAHAN PANCAKE TANPA TELUR

resepi pancake tanpa telur, menu minum petang, pancake mudah, lempeng

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat
Air secukupnya
Secubit garam
Strawberi untuk hiasan
Madu untuk cicah


CARA-CARA MEMBUAT PANCAKE TANPA TELUR


1. Masukkan tepung, gula, soda bikarbonat, baking powder, garam, marjerin, esen vanilla dan air ke dalam blender dan blendkan sampai berbuih.
2. Tapiskan bahan yang telah diblender ke dalam mangkuk.
3. Panaskan non-stick pan dan masukkan sesenduk adunan. (Pastikan api kecil je).
4. Biarkan sehingga masak. (kalau nak tau dah masak belum, pancake tak melekat dekat pan).
5.Angkat dan susun dalam piring. Curahkan madu dan tabur strawberi atau apa-apa buah yang ada.

6. Siap dan sedia untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau minum petang.

SELAMAT MENCUBA..

Wassalam

You May Also Like

6 Luahan Hearty

  1. Terliur tengok pancake and strawberry. Patut cuba ni 😊

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...tq ya share resipi...lepas ni bolehlah cuba...mudah je ni

    ReplyDelete
  3. boleh rupanya buat panckae tanpa telur

    ReplyDelete
  4. Jarang buat pancake. Tapi resepi ini saya nak cuba

    ReplyDelete
  5. saya suka buat penkek , kat tempat saya kami panggil ni tumpi/tompe ...
    selalu saya pun tak guna telur ...
    #afbdotmy , mrs pip dtg melawat ...

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)