8 CIRI-CIRI IPHONE 7 YANG MENJADI IMPIAN UNTUK MEMILIKINYA

8 CIRI-CIRI IPHONE 7 YANG MENJADI IMPIAN UNTUK MEMILIKINYA



Assalamualaikum Dunia... Bulan depan merupakan hari lahir best friend forever MD... Kami kawan lama dah... Lebih kurang 15 tahun usia perkenalan kitorang... Segala susah senang, jatuh bangun kami bersama... So, MD cadang untuk birthday dia tahun 2017 ni nak bagi something special yang lain dari tahun-tahuh lepas... MD macam terfikir nak hadiahkan smartphone khas buat dirinya... Kebetulan pula, baru-baru ni adik ipar MD ada menceritakan tentang keseronokan seandainya dia dapat memiliki iPhone 7... Boleh dikatakan iPhone 7 ni merupakan telefon pintar yang menjadi trend masa kini dan kegilaan semua lapisan usia...



Image result for iphone 7,iphone 7, features iphone 7, ciri-ciri iphone 7, kelebihan iphone 7, karangan spm 2017


Terus terang MD akui MD agak 'slow' dengan perkembangan iPhone dan semua macam jenis telefon pintar...hehehehe..Apa yang MD tau gune telefon pintar brand ASUS...tu pun yang basic-basic je… kalau nak explore lebih lagi memang terbangak-bangak jadinye…hihihi...


Bila hari-hari dengar adik ipar bercerita pasal kecanggihan iPhone 7 ni, tak semena-mena MD juga jadi teruja nak kaji lebih lanjut lagi mengenai iPhone 7... Apalagi teruslah tanya Mr Google...Taip iPhone 7 dekat ruangan search then keluar segala maklumat terperinci mengenainya... Rupanya banyak kelebihan dan kebaikan yang ada dekat iPhone 7 ni...


iPhone 7 ni secara dramatiknya telah memperbaiki aspek yang paling penting dalam dunia iPhone, dimana ia telah memperkenalkan sistem kamera yang canggih, daya hayat bateri yang lebih lama, pembesar suara stereo yang mendalam, paparan iPhone baru berwarna terang dan berwarna-warni, tahan air, dan ia kelihatan lebih berkuasa dan bergaya…


CIRI-CIRI IPHONE 7



  1. Sistem kamera yang canggih


iphone 7, features iphone 7, ciri-ciri iphone 7, kelebihan iphone 7, karangan spm 2017


Sistem kamera iPhone 7 telah dinaik taraf kepada mesra pengguna, menambah penstabilan imej optik, aperture ƒ / 1.8, dan kanta enam elemen untuk menjadikannya lebih baik ketika menangkap gambar dan video walaupun dalam cahaya rendah. Dengan ciri baru ini akan menjadikan bukan sahaja warna yang diambil lebih luas, malah menjadikan foto dan Foto Live yang akan kelihatan lebih bergaya... Selain itu, kamera iPhone 7 mempunyai 12MP wide-angle dan telephoto boleh membuatkan si pemiliknya mendapatkan zoom berkualiti tinggi walaupun dari jauh...

  1. Direka bentuk tahan air

Dengan keseluruhan rekabentuk semula,  iPhone 7 adalah iPhone pertama yang tahan air. Ia menjadikan pemiliknya berasa dilindungi, selamat dan tidak perlu gusar sekiranya berlaku tumpahan atau percikan air dan juga terlindung daripada habuk.

  1. Skrin paparan yang lebih terang dan berwarna warni

Dengan gabungan warna yang baru ia membuatkan paparan Retina HD mampu untuk menyampaikan warna-warna sinematik dalam industri telefon pintar.Apa yang menariknya dengan iPhone 7 dapat menghasilkan lebih banyak warna spektrum untuk membuat imej… Contohnya apabila gambar diambil dikawasan tropika, warna-warna yang terhasil akan kelihatan sama seperti seandainya kita berada disana…


  1. Sentuhan 3D

Tahu tak yang apabila kita menggunakan Sentuhan 3D, iPhone 7 akan bertindak balas secara halus... Paparan Retina HD baharu pada iPhone 7 sangat mengintegrasikan Sentuhan 3D melalui iOS... Pemilik boleh berinteraksi dengan Mesej, Kalendar, Mail, dan aplikasi lain dengan cara yang lebih responsif...

  1. Lebih cepat dan lebih cekap.

Dengan reka bentuk empat teras yang baru, CPU cip A10 Fusion mempunyai dua teras berprestasi tinggi dan dua teras kecekapan tinggi. Core berprestasi tinggi boleh bergerak sehingga dua kali ganda kelajuan iPhone 6.

  1. Jangka hayat bateri yang tahan lama

Hayat bateri yang tahan lebih lama yang pernah ada di iPhone. Dengan cip A10 Fusion, pemilik akan mendapat lebih banyak masa berbanding sebelumnya…


  1. Gandaan kapasiti sehingga 256GB

Kapasiti iPhone 7 lebih berganda daripada iPhone 6s … So, downloadlah seberapa banyak apps atau video yang digemari, pasti tiada masalah bagi iPhone 7…

  1. Audio

Buat kali pertama, iPhone dilengkapi dengan pembesar suara stereo, dimana ia menyampaikan dua kali output audio daripada iPhone 6 dan peningkatan rangkaian dinamik. Jadi, sama ada sedang mendengar muzik, menonton video atau membuat panggilan telefon, iPhone 7 pasti tidak akan mengecewakan…


Melihat daripada ciri-ciri dan kecanggihan yang ada pada iPhone 7 membuatkan hati MD panasaran
untuk memilikinya… Lepas ni boleh masukkan iPhone 7 dalam wishlist gadjet yang diimpikan ...semoga tercapai impian untuk memiliki iPhone 7 ni… Aminnnn….

Wassalam
8 CIRI-CIRI IPHONE 7 YANG MENJADI IMPIAN UNTUK MEMILIKINYA 8 CIRI-CIRI IPHONE 7 YANG MENJADI IMPIAN UNTUK MEMILIKINYA Reviewed by MasturaDin on September 14, 2017 Rating: 5

5 comments:

  1. aamiin.. memang ada org kata kalau nk elok sesuai pakai iphone.. lengkap semuanya..

    ReplyDelete
  2. HP idaman... ntah bila nak dapat ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. belilaaa 1.. best tau pakai iphone 7

    ReplyDelete
  4. Kalau ada yg sudi hadiahkan, bestnya 😂

    ReplyDelete

Powered by Blogger.