RESEPI CEKODOK SEAFOOD AIRTANGAN ORANG BUJANG

by - February 27, 2017

Assalammualaikum Dunia... Semalam pagi Mr Uber hantar pic dia goreng cekodok seafood untuk breakfast dorang sekeluarga... Disebabkan kitorang nak keluar tempah cincin tengahari tu so MD acah acah je suruh tapau sikit cekodok seafood tu... Tak sangka pulak ditapau bebetol.... heehehehee

resepi cekodok seafood, cucur mudah dan simple, minum petang
RESEPI CEKODOK SEAFOOD AIRTANGAN ORANG BUJANG

Yeayy, dapat gak merasa airtangan orang bujang ni.... hahahaahhaa... #hoverrrrgedixxx... kihkihkih... Yang paling tak puas ati tu, macam mane cekodok dia lagi sedap dari yang MD biase buat?... hurmmmm... lawan tokey nampak...hahahahaahaha...punye lah sedap makan tak perasan dari sebekas penuh tu tinggal 3, 4 biji je...hahaahaahaha...

Oklah, Meh MD share kan resepi cekodok seafood paling mudah dan simple ni...semua ni pakai agak-agak je.. takde sukatan ey... heheeehe

resepi cekodok seafood, cucur mudah dan simple, minum petang

BAHAN-BAHAN CEKODOK SEAFOOD 

1. Udang & Sotong
2. Tepung gandum
3. Bawang besar
4. Lada sulah
5. Sos sotong
6. 3 biji telur
7. Sedikit serbuk kunyit
8. Garam
9. Air 

*Sukatan agak-agak je macam buat cekodok biasa

CARA-CARA MEMBUAT CEKODOK SEAFOOD

1. Udang, sotong dan bawang besar dipotong kecil-kecil terlebih dahulu...
2. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, lada sulah, sos sotong, garam, telur,serbuk kunyit dan air... 
3. Kemudian masukkan udang, sotong dan bawang besar yang telah dipotong dadu dan gaulkan sehingga rata... kepekatan agak-agak macam buat cekodok biasa...
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan...
5. Angkat dan toskan...
6. Sedia untuk dihidang bersama sos dan air kopi OOO... 

SELAMAT MENCUBA... ☺☺


Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. Hehehe mmg sedapp..kekya pon biasa gak buat cekodok seafood ni..anak2 mmg suka sgt

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)