KISAH BURUNG UNGU YANG VIRAL DI FACEBOOK

by - February 15, 2017

Assalammualaikum Dunia.... Tiba-tiba newsfeed facebook dibanjiri stiker burung ungu yang buat 'head banging' tanpa penat... Jom ikuti kisah bunrung ungu viral ini...
Burung ungu ni datang dari mana sebenarnya, kisah burung yang menjadi viral di facebook, karangan spm
KISAH BURUNG UNGU YANG VIRAL DI FACEBOOK


Burung ungu ni datang dari mana sebenarnya?


Stiker yang dinamakan 'Trash Dove' ini diilustrasi oleh illustrator dari US, Syd Weiler dan mula boleh dimuat turun penghujung Januari 2017.

'Thrash Dove' ini mula menular seantero dunia apabila munculnya video GIF yang menggabungkan aksi 'head banging' burung ini dengan aksi 'dancing cat' yang juga salah satu stiker di facebook.

Video yang dihasilkan oleh pengguna facebook di Thailand itu mendapat lebih 4 Juta view sejak disiarkan awal Februari. Mungkin ini antara punca fenomena ini mula merebak ke Malaysia.

Syd Weiler mendapat ilham menghasilkan stiker ini ketika melawat Minneapolis. Ketika duduk-duduk di tepi kolam di sana, beliau melihat burung merpati yang banyak di situ.

Beliau tidak pernah menyangka, burung merpati mempunyai karakter yang melucukan. Dia memerhatikan bagaimana burung-burung ini mencari makan. Ada antaranya mematuk roti dan 'menyarungkan' kepala dalam beg kertas ketika menyelongkar mencari makanan.

Jika anda perasan, salah satu stiker burung ini memegang bendera Thailand. Syd Weiler menghasilkannya sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Thailand yang mempopularkan watak 'Trash Dove'.

Dalam 'kecomelan' watak 'merpati sampah' ni, ada juga yang mula melancarkan kempen meminta facebook mengharamkan penggunaannya. Kononnya, ia mengganggu 'perasaan' mereka terutamanya jika digunakan di bahagian komen.

Buat masa ini, facebook masih belum mengambil apa-apa tindakan.

Bagi saya, watak 'Trash Dove' ini tidak bersalah. Yang 'sengal' adalah orang yang setiap kali kita mengharap komen yang serius tetapi dibalas dengan stiker ini.

Seperti stiker yang popular sebelum ini, apabila masa berlalu pergi, saya pasti burung ini juga akan dilupakan.

Chill!

#MAKnificent Trash
Credit to #AmmarKamilin


#copypaste

Wassalam

You May Also Like

4 Luahan Hearty

  1. Lol burung tu ke..mcm2 kn..tpi best la ilustrator tu hihi

    ReplyDelete
  2. burung ni selalu je ada dalam setiap komen

    ReplyDelete
  3. hahaha pasal komen pakai sticker ni pun boleh jadi issue kan. Tapi kalau orang serius dia buat macamtu geram juga. btw saya singgah dan follow blog ni ya? jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    One of the most beautiful hills in Malaysia One of the most beautiful hills in Malaysia https://anothersyed.blogspot.my/2017/02/nikmati-pemandangan-indah-di-bukit.html

    ReplyDelete
  4. Hahaha kekya tak download lon stiker ni..macam2 laaa kan ..

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (56) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)