BERKONGSI PULANGAN TUNAI DI SHOPBACK

BERKONGSI PULANGAN TUNAI DI SHOPBACK

shopback, kelebihan shopback, groupon, cashback, lazada,sephora, pulangan tunai, jana pendapatan

Assalammualaikum Dunia... Akhir-akhir ni nafsu untuk berbelanja secara online semakin membuak-buak...serius boleh dikatakan MD merupakan online shopper tegar... tambah-tambah lagi bila hujung tahun 2016 dapat rezeki bonus...lagilah menggiat...hehehe...

Baru-baru ni MD dapat tau ada satu online shop yang sangat menjimatkan masa dan memudahkan para pelanggan untuk berbelanja secara atas talian ...Dengan klik satu website ni, korang akan dapat tengok ade stor-stor online lain yang berkolaborasi dengannya... Tapi yang lagi bestnya korang akan dapat pulangan tunai selepas berbelanja disini tau...berbaloikan...❤❤❤

Online shop yang MD maksudkan ialah ShopBack ... Meh nak cerita serba sedikit tentang Shopback ni...



Tentang ShopBack


shopback, kelebihan shopback, groupon, cashback, lazada,sephora, pulangan tunai, jana pendapatan

 Tentang ShopBack

ShopBack adalah salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena membeli-belah online di Asia Tenggara sejak September 2014. Ibu pejabatnya terletak di Singapura dan beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia, dan Taiwan, 

ShopBack telah menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak dengan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih 1,000 stor online yang disediakan.

Apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berkolaborasi dengan laman ShopBack, penjual online yang mendapat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian, ShopBack akan berkongsi komisyen ini dengan pembeli, dan pembeli akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.

ShopBack mempunyai pasukan khas lebih dari 85 orang yang lengkap dengan pengalaman luas dalam industri e-dagang. Dengan wujudnya pasukan khas ini, ShopBack telah berjaya membawa namanya di lima pasaran, dengan pelan di masa depan untuk meluaskan lagi kedudukannya di peta serantau dunia..

Anugerah:
September 2016 - Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9, dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank
Oktober 2015 - Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7, dianjurkan oleh SiTF



Cara bagaimana ShopBack Berkolaborasi Dengan Stor Online Lain

STEP 1: Pilih mana-mana online stor. Terdapat lebih daripada 500 online stor di ShopBack.
shopback, kelebihan shopback, groupon, cashback, lazada,sephora, pulangan tunai, jana pendapatan


Selepas sign up di ShopBack, korang akan diberi pelbagai pilihan untuk melayari mana-mana online stor yang berkolaborasi dengan ShopBack. Layarinya dan korang akan merasai kepuasan berbelanja kerana semua keperluan korang daripada pelbagai kategori sama ada fesyen, percutian, makanan dan minuman, barangan elektronik, gaya hidup dan bermacam-macam lagi tersedia disitu. Antara online store yang berkolaborasi dengan ShopBack adalah  GROUPON , SEPHORA APPLE APPS STORE , DANIEL WELLINGTON dan banyak lagi.


STEP 2: Bersedia untuk melayari website online stor

shopback, kelebihan shopback, groupon, cashback, lazada,sephora, pulangan tunai, jana pendapatan


Sebaik sahaja korang pilih stor, hanya klik pada "Shop Now" dan korang akan diarahkan ke website stor tersebut. Dari situ, korang cuma perlu melaksanakan ritual membeli-belah seperti biasa dan membuat pembelian di website tersebut.

STEP 3: Terima Pulangan Tunai.

Setelah membuat pembayaran, rebat tunai korang secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack korang dalam masa beberapa hari. Setelah ditebus, pulangan tunai yang diterima boleh "ditunaikan" dan di transfer ke akaun bank tempatan korang.

Wow, berbaloikan... Dalam pada bershopping boleh jana pendapatan pulak tu... So korang online shopper tegar yang belum ada akaun ShopBack meh kite sama-sama sign up di ShopBack >>> Sign Up ShopBack


Wassalam


BERKONGSI PULANGAN TUNAI DI SHOPBACK BERKONGSI PULANGAN TUNAI DI SHOPBACK Reviewed by MasturaDin on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.