RESEPI NASI GORENG CINA MUDAH DAN SEDAP

by - January 25, 2017

Assalammualaikum Dunia... Bila perasaan malas menyelubungi diri mulalah tercari-cari menu yang mudah untuk dimasak dan kenyang dimakan.... hehehehe... Hasil googlean terjumpa resepi Nasi goreng cina mudah dan sedap ni dekat MY RESEPI... Dengan sepantas kilat terus ke dapur masak nasi goreng cina follow resepi nasi goreng cina mudah dan sedap... hehehe

resepi nasi goreng cina mudah dan sedap, my resepi, resepi menggunakan nasi
RESEPI NASI GORENG CINA MUDAH DAN SEDAP

Dah siap masak tu kebetulan Uwais datang rumah... mula-mula offer tu dia takmo dengan alasan pedas... tapi bila bagi try sesudu terus nak... makan pun bertambah-tambah... MD nak ngecek sikit pun tak dibaginye.... hahahaha... Sedap sangatlah tu lagi-lagi r air tangan mokde yang masak... kan...hihihihi... (masuk bakul tak kuat angkat)... ☺☺☺

BAHAN-BAHAN NASI GORENG CINA MUDAH DAN SEDAP


  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 1 sudu besar lada sulah di tumbuk
  • 2 biji telur
  • isi ayam secukupnya
  • daun bawang di hiris
  • minyak bijan** - tak gune sebab takde
  • minyak masak
  • garam secukupnya

CARA-CARA MEMASAK NASI GORENG CINA MUDAH DAN SEDAP

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan gaul hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, dan ayam.
  4. Masukkan sedikit air, dan lada sulah.
  5. Ketepikan dan tuang telur. Kacau rata hingga telur masak. Boleh tambah minyak jika nampak kering.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan nasi tadi dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan daun bawang. Kacau sehingga masak.
  9. Siap dan boleh dihidang.

SELAMAT MENCUBA .. ☺☺☺

Wassalam

You May Also Like

0 Luahan Hearty

Categories

giveaway (74) resepi (72) kisah aku (67) review (60) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)