SOALAN LAZIM TEMUDUGA SEBELUM NIKAH


SOALAN LAZIM TEMUDUGA SEBELUM NIKAH

rukun nikah, rukun iman, rukun islam, doa qunut dan maksudnya, soalan lazim temuduga sebelum nikah

Assalammualaikum Dunia... Khas buat bakal pengantin diluar sana yang bakal menamatkan zaman bujang korang... Terdapat sesetengah negeri, mewajibkan bakal pengantin untuk menghadiri temuduga bersama Tok Kadi terlebih dahulu sebelum mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin... Berikut antara soalan famous dan lazim yang akan ditanya kepada bakal pengantin....

1. RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki (Calon Suami)
2. Pengantin perempuan (Calon Isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan Qabul (akad nikah)

2. DOA QUNUT

اللّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ
وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ
وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ
وَقِنِيْ بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ
فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ
وَإِنَّهُ لاَيَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ
تَبَا رَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ
أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ
Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. 
Waiinahu layadziluman walait. 
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. 
Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.

Maksud Doa Qunut:-

Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan


Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan

Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan

Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan

Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan

Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum

Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau

Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan

Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau

(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.


3. MANDI WAJIB

1. Niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada anggota tubuh. Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى 
Nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta'ala
Ertinya : "Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta'ala "
2. Mendahului dengan bacaan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

3. Terlebih dahulu membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada badan.
i)Mencuci tangan sebanyak tiga kali
ii)Mencuci kemaluan dengan tangan kiri


4. Berwuduk.
i)Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa(untuk solat) atau menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
ii)Membaca doa selepas wuduk


,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن
عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
“Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.”
Ertinya :“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang
menyekutukanNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya
Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan
jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

5.Meratakan air ke seluruh anggota badan
i)Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga
kali. Bagi wanita perlu dilepaskn ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
ii)Mendahulukn anggota tubuh yang kanan dahulu daripada yang kiri
iii)Setiap basuhan sebanyak tiga kali


4.  MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH


أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله


Ertinya :
Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

5. RUKUN IMAN & RUKUN ISLAM

5.1 Rukun Iman

1. Beriman kepada Allah S.W.T
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab suci
4. Beriman kepada para Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar


5.2 Rukun Islam 

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Menunaikan haji bagi yang mampu

sumber : Facebook

Wassalam

SOALAN LAZIM TEMUDUGA SEBELUM NIKAH SOALAN LAZIM TEMUDUGA SEBELUM NIKAH Reviewed by MasturaDin on December 08, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. great sharing
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Arti dari do'a qunut bagus2 ya, pantesan banyak fadilahnya :)

    ReplyDelete
  3. ooh ada jgk ye kena temuduga dulu dgn tok kadi. ingat temuduga dgn bakal mertua je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.