RESEPI EGGLESS BROWNIES VERSI KUKUS

by - October 02, 2016

Assalammualaikum Dunia... Salam Maal Hijrah kepada semua sahabat alam maya... sebenarnya resepi brownies tanpa telur ni dah lama tersimpan rapi dalam gallery handphone, baru semalam dapat kekuatan untuk mencuba... hehehe..

resepi brownies tanpa telur kukus, eggless brownies, cara-cara, bahan-bahan, mudah
RESEPI BROWNIES TANPA TELUR VERSI KUKUS

Kalau ikutkan resepi asal by Isma Ismail, eggless brownies ni dibakar menggunakan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 25minit-30minit... Akan tetapi disebabkan MD ni selalu fail gune oven so kami try versi kukus pulak...hihihi... bila dah kukus of course r tak kedut-kedut browniesnye kan.. dah rase ala-ala kek coklat.. apepun rasenye still sedap hokay... 

BAHAN-BAHAN EGGLESS BROWNIES

resepi brownies tanpa telur kukus, eggless brownies, cara-cara, bahan-bahan, mudah

BAHAN A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3/4 cawan gula
  • Garam secukup rasa
BAHAN B
  • 1 cawan susu cair
  • 1/4 cawan minyak
HIASAN
  • Coklat chip

CARA-CARA MEMBUAT EGGLESS BROWNIES

  1. Ayakkan bahan A... (jika menggunakan gula kasar kisarkan menggunakan blender kering terlebih dahulu)
  2. Selepas siap diayak, masukkan bahan B kedalam bahan A... Kacau sebati... (MD gunakan blender sebab mixer rosak..hehehe)
  3. Sapukan loyang dengan marjerin dan tepung agar brownies mudah dikeluarkan dari loyang sesudah masak...
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan coklat chip...
  5. Untuk mengukus, panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih kemuadian masakkan sehingga 45minit... Jika hendak membakar, bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 25-30minit... (Cucuk dengan lidi untuk memastikan brownies telah masak atau tidak.. jika melekat pada lidi, maknanya brownies belum masak lagi)
  6. Siap, sejukkan dan hidang...
SELAMAT MENCUBA...




Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. amboiii..sedapnya brownies dia..mintak sikit..heheh

    ReplyDelete
  2. Rajinnya baking..kalau la akak pandai baking kan best

    ReplyDelete

Categories

resepi (75) giveaway (74) kisah aku (72) review (66) info (64) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)