RESEPI MURTABAK ROTI DAGING

by - June 28, 2016

RESEPI MURTABAK ROTI DAGING resepi murtabak roti daging, resepi menggunakan roti, cara-cara membuat murtabak daging


Assalammualaikum Semua... Hai, dah tau ke nak masak menu apa untuk berbuka nanti... kalau ada roti lebih-lebih yang dah tak tau nak buat apa, bolehlah try buat murtabak roti daging ni... Resepi ni MD dapat dari blog MamaJue.com ...

BAHAN-BAHANNYA

  • 12 keping Roti gardenia 
  • Isi daging cincang / daging burger ramly dihancurkan
  • Kentang - potong dadu
  • Bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas Bawang putih - cincang halus
  • Cili padi - Optional 
  • 2 sudu besar serbuk kari- dibancuh
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Daun bawang dan daun sup
  • Telur
  • Susu cair
  • Marjerin
  • Cheesedale / cheese - (optional)
  • Garam
  • Serbuk perasa

CARA-CARA MEMASAK INTI MURTABAK ROTI DAGINGresepi murtabak roti daging, resepi menggunakan roti, cara-cara membuat murtabak daging

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Kemudian tumiskankan bawang putih dan bawang besar hingga wangi. 
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air sejuk, masakkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging, kentang dan lada hitam. Masukkan sedikit air bagi sampai kentang empuk. Kacau-kacaukan jangan sampai berkerak.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau-kacau sampai masak.
5. Akhir sekali, Taburkan daun bawang dan daun sup. Siap.

CARA-CARA MEMASAK INTI MURTABAK ROTI DAGING

resepi murtabak roti daging, resepi menggunakan roti, cara-cara membuat murtabak daging
1. Dalam bekas A,  kacaukan telur dan tambahkan susu cair dalam 2 cawan.. 
2. Sapukan marjerin pada loyang agar roti tidak melekat.. kemudian sapukan marjerin pada roti dan celupkan dalam bekas A.. susun roti yang telah dicelupkan dengan susu cair dan telur dalam loyang mengikut saiz loyang..
3. Lapisan kedua letakkan inti daging dan taburkan daun sup..
4. Lapisan ketiga curahkan bancuhan telur tadi.. (buat adunan sampai abis dan boleh jugak kalau nak letakkan cheesedale pada setiap lapisan tu. )
5. Lapisan atas sekali taburkan daun bawang dan cili padi cincang (kalau nak).. dan curahkan bancuhan telur.. ** kalau nak letak parutan cheese pun boleh.. lagi sedap.. 
6. Bakar dalam oven dengan suhu 220'c selama 40 minit.
7. Siap dan sedia untuk dihidang...

SELAMAT MENCUBA :)

Wassalam

You May Also Like

2 Luahan Hearty

  1. dapnyeee.. ritu ada gak kakak spupu buat. tapi daging x bnyak..
    CT malas so makan je ahahak..

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (56) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)