RAHSIA NASI LEMAK KEKAL BERBAU WANGI

by - March 27, 2016

RAHSIA NASI LEMAK KEKAL BERBAU WANGI

Resepi nasi lemak, virgin coconut oil, minyak kelapa dara, Nutrasense, rahsia kekal wangi, bahan-bahan, cara-cara

Assalammualaikum Dunia...

Haritu bawak balik Nutrasense Virgin Coconut Oil, lepastu bagi dekat Mak untuk sapu-sapu sengal-sengal badan..

Mase hulur dekat Mak, terus Mak cakap, ni buat masak nasi lemak sedap.... first time dengar, seriusly terkejut.. minyak kelapa dara ni boleh masak nasi lemak???..Mak jawab bolehlah.... nanti nasi lemak jadi sedap dan bau pun wangi... ooo rupenye nilah rahsianya Nasi Lemak Mak bau wangi ey... hehehe...

So, pagi semalam (Sabtu) Mak masak Nasi Lemak Minyak Kelapa Dara Nutrasense... Ni resepi nye... sukatan tu Mak kate dia pakai agak-agak je..

Bahan-bahan Nasi Lemak Minyak Kelapa Dara Nutrasense

1. Santan
2. Halia
3. Serai
4. Garam
5. Beras
6. Minyak Kelapa Dara Nutrasense
7. Daun Pandan

Cara-cara Memasak Nasi Lemak Minyak Kelapa Dara Nutrasense

1. Masakkan santan sehingga mendidih di atas dapur...
2. Dalam periuk nasi, kosek beras kemudian masukkan santan yang telah dimasak
3. Campurkan 2 sudu minyak kelapa dara, halia, serai, daun pandan dan garam
4. Kacau rata dan hidupkan plug.. Sementara menunggu Nasi Lemak masak, bolehlah dikacau beberapa kali agar rasenya sekata..

Bahan-bahan Sambal Tumis

1. Lada kering
2. Bawang putih
3. Bawang besar
4. Ikan bilis
5. Asam jawa
6. Garam
7. Serbuk perasa
8. Air
9. Minyak
10. Gula

Cara-cara Memasak Sambal Tumis

1. Blenderkan lada kering, bawang putih, dan bawang besar...
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah diblender sehingga garing dan naik minyak...
3. Masukkan garam, gula, air asam, serbuk perasa, ikan bilis dan bawang hiris..
4. Kacau-kacaukan sehingga masak..
5.Sedia untuk dihidang bersama Nasi Lemak Minyak Kelapa Dara.. 

SELAMAT MENCUBA.. :)
Wassalam


You May Also Like

5 Luahan Hearty

  1. baru taw byk function lain minyak kelapa dara ni hehe..will try ;)

    ReplyDelete
  2. ohhh ye ke...baru tahu ni

    ReplyDelete
  3. hehehehehee.. kerlasss nasi lemak letak VCO.. terbaiiiikk..!! :)

    ReplyDelete
  4. sedapnya nasi lemak..lapar..

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (70) kisah aku (67) info (57) review (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)