RESEPI MUDAH : NASI CAMPUR GULUNG TELUR PEMIKAT SELERA ANAK

RESEPI MUDAH : NASI CAMPUR GULUNG TELUR PEMIKAT SELERA ANAK


resepi mudah, pemikat selera anak, nasi campur gulung telur


Assalammualaikum Dunia..
Kisah Isnin lepas.. MD cuti sebab babysitter Si Uwais ni takde.. So, pagi tu buatkan Uwais breakfast nasi campur gulung telur dan roti untuk santapan dia..hehehe..
Habis sepotong jugak lah dia makan..MD memang gulung padat-padat nasi dalam tu.. so, Uwais makan sepotong tu  pun memang boleh kenyang dah.. lebihnya haruslah mokde dengan Pokcu yang habiskan.. hahahaha...

BAHAN-BAHANNYA : -

2 Biji Telur - Dibuat telur dadar
1 Biji Telur
Sosej secukupnya
Nasi secukupnya
100gram daging ayam dicincang -Optional
Lobak Merah dicincang - Optional
1 sudu Kicap Manis
1/2 sudu kecil lada sulah
1/4 sudu kecil garam

CARA-CARANYA :-

1. Campurkan daging ayam, lobak merah, nasi, kicap, lada sulah, garam dan gaulkan bersama telur..
2. Setelah digaul rata, tuangkan campuran tadi keatas telur dadar yang telah dibuat..
3. Kemudian letakkan sosej diatasnya dan gulungkan serapi-rapinya...
4. Kukuskan gulungan telur selama 15 minit, angkat dan sejukkan.. Setelah sejuk, bolehlah dipotong-potong dahulu dan digoreng... (MD goreng guna minyak sikit je.. )
5. SIAP dan boleh dihidang.. Sedap gak dimakan cicah sos.. :)

** boleh juga gantikan telur dengan roti kosong..  :)

SELAMAT  MENCUBA

Wassalam

RESEPI MUDAH : NASI CAMPUR GULUNG TELUR PEMIKAT SELERA ANAK RESEPI MUDAH : NASI CAMPUR GULUNG TELUR PEMIKAT SELERA ANAK Reviewed by MasturaDin on November 04, 2015 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.