CARA MEMBUAT ROTI GULUNG SOSEJ BENTUK BUNGA ROS

by - November 06, 2015

CARA MEMBUAT ROTI GULUNG SOSEJ BENTUK BUNGA ROS

resepi roti gulung sosej, bentuk bunga ros, cara, mawar

Assalammualaikum Dunia...

Pengaruh FB sangat nih.. hahahahaa.. Gigih MD menggulung malam tadi nak jadikan bunga ros punya pasal...

Nak dijadikan cerita, tengah-tengah menggulung tu, mak mai dapoq...

Mak : Ko buat ape tu?
MD : heheehe.. buat roti gulung sosej..
Mak : sosej... hurmmm (sambil buat muke)
MD : hahahaha ( amek bekas yang dah siap tunjuk kat mak).. bunge ross.. hehehehe..
Mak : Ko buat macam mane tu? (nampak macam berminat)..
MD : (muke riak ).. hahahahaha.

Ok, jom tengok macam mane cara nak buat roti gulung ni jadi bentuk bunga ros.. :)


BAHAN-BAHANNYA :-

Sosej secukupnya
Roti secukupnya
Lada hitam
Telur / Tepung
Sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng


CARA-CARANYA :-

resepi roti gulung sosej, bentuk bunga ros, cara, mawar

1. Roti dilenyekkan , kemudian dipotong empat panjang-panjang
2. Sosej dihiris bulat-bulat dan nipis-nipis macam gambar diatas
3. Susun sosej yang sudah dihiris diatas atas roti yang telah dipotong panjang.. 
Tinggalkan sedikit bahagian tepi hujung dan sapukan telur untuk melekatkannya.. 
4. Gulung roti sehingga menjadi seperti gambar diatas... buat sehingga habis
5. Campurkan telur, garam dan lada hitam kemudian kacau sehingga rata..
6. Celupkan roti yg telah disiap ke dalam telur dan gorengkan.. Minyak tak perlu banyak..
7. Setelah warna keemasan boleh diangkat dan ditoskan.. SIAP!!

*boleh juga digantikan telur dengan bancuhan tepung..

SELAMAT MENCUBA

Wassalam

You May Also Like

10 Luahan Hearty

  1. Menarik kan!
    Ini kalau bawakan anak bekal ke sekolah pun suka mereka:)

    ReplyDelete
  2. aik? takde gambo ekk mas?
    ke phone aida yg tak dpt view gambo roti bunga ros tu :)

    ReplyDelete
  3. Ala...Npe xtunjuk cara buat bunga ros tu..

    ReplyDelete
  4. ha'ah kak ain pun tak nampak gambar.. yg ada gambar roti bunga ros dah siap je.. gambar proses takde eh..?

    sedap ni buat menu minum petang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah ada gambar step by step... hujung minggu ni leh la buat... yummm.. yummm...!! :)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. mcm besttt jer mass. rindunye nak makan air tangan ko...!!

    ReplyDelete
  7. Kalau cantik gini sayang pulak nak makan..haha

    ReplyDelete
  8. Uih, rajinnya Kak mas kita menggulung roti. Gukung cantik pulak tu, sayang nak ngap, hehe

    ReplyDelete
  9. menarikkk boleh cuba nanti =))

    ReplyDelete

Categories

giveaway (74) resepi (72) kisah aku (67) review (60) info (57) POWERGOLD (28) nephew (15) tips (11)