ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL??

ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL?

hukum jual beli emas secara online, isu jual beli emas secara online, powergold, hukum fiqh
google

Assalammualaikum Dunia...

Entri kali ini MD ingin kongsikan kepada semua berkaitan hukum jual beli emas secara online.. Adakah ianya HALAL?
Secara asasnya, Jual beli emas hendaklah dilakukan secara on the spot... Dengan kata lain Emas itu menjadi milik si pembeli sebaik sahaja. bayaran dilakukan..

Akan tetapi Islam itu mudah... Pasti ada jalan penyelesaian..

Hukum Fiqh menerima dua kaedah pemilikan..

1. قبض حقيقي :
                     (Pemilikan Hakiki)

2. قبض حكمي.
                     (Pemilikan Hukmi)

Pemilikan Hakiki- Kita dapat lihat barang yg dibeli tu didepan mata kita dan dapat disentuh dan dipegang dengan tangan.. Ia bertukar tangan sebaik bayaran dilakukan.

Pemilikan Hukmi- Barang yang kita beli itu ada di tempat lain.. ia sudah menjadi milik kita sebaik bayaran dilakukan.. Cuma perlukan masa beberapa hari untuk proses penghantaran kerana tempat yang jauh dan sebagainya..

Makanya.. Dalam Powergold,  Emas yang dibeli itu sudah menjadi milik si pembeli on the spot iaitulah pemilikan hukmi sebaik sahaja bayaran dilakukan.. Manakala ia menjadi pemilikan hakiki, apabila emas tersebut sampai ke tangan pembeli setelah melalui beberapa hari untuk proses penghantaran.. 

Oleh itu, dapat disimpulkan disini hukum jual beli emas secara online adalah HALAL dan dibenarkan didalam Islam....


Rujukan :

١) الوسيط للإمام الغزالي
جزء : ٣
صفحة : ٧٣

٢) الدورة الثامنة عشرة للجمع الفقهي الإسلامي
موضوع : "تجارة الهاشمي"
صفحة : ٢٥- ٢٨
                                                &
٣) مجلس الفتوى الأعلى القدس الشريف - فلسطين
الرقم : ٩١/٢٠٠٥/٥
التاريخ : ٠٥ جمادي الأولى ١٤٢٦هجري
الموافق : 12/06/2005
من قرارات مجلس الفتوى الأعلى 3/52
الموضوع : حكم العمل في بورصة العملات العالمية

Wassalam
ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL?? ISU JUAL BELI EMAS SECARA ONLINE. Adakah ianya HALAL?? Reviewed by MasturaDin on November 03, 2015 Rating: 5

2 comments:

  1. Hukum-hakam Islam semua tidak menyusahkan umatnya
    Apa lagi dalam hal ehwal muamalat seperti ini.
    Kemajuan Islam sudah merentas dunia sebelum online business ada
    Alhamdulillah... semua senang hati kan:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.