RESEPI MILO BOWL CAKE

RESEPI MILO BOWL CAKE

cake, milo bowl cake, resepi
kek hancur kerana kesilapan teknikal masa nak keluarkan dari bekas..hehehe

Assalammualaikum Dunia...

Sekarang ni dekat FB, ramai orang dah viralkan "Milo Bowl Cake" ni.. So, kiteorang (MD & kakak) pun tak ketinggalan daripada mencubanya.. Resepi sangat mudah hokay.. tak sampai 10 minit dah siap.. jom tengok bahan-bahannya...

BAHAN-BAHAN

4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula1 biji telur
3 sudu besar susu tepung
4 sudu besar minyak

Topping

Aiskrim

CARA-CARA

1. Campur kesemua bahan-bahan diatas dan kacau sehingga rata kemudian masukkan kedalam microwave..
2.Masak dalam microwave selama 3 minit.
3. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan aiskrim diatasnya..
4. SIAP UNTUK DIMAKAN.. :)




cake, milo bowl cake, resepi

Bila dah kemaruk mulalah nak try lagi, dan hasil google'an dapat 1 lagi resepi yang sangat mudah...hehehe

BAHAN-BAHAN

1 biji telur
3 1/2 sudu besar milo 

CARA-CARA

1. Campur kesemua bahan-bahan diatas dan kacau sehingga rata kemudian masukkan kedalam microwave..
2.Masak dalam microwave selama 2 minit.
3. Keluarkan dari mangkuk dan letakkan aiskrim diatasnya..(kalau ikut pada video, toppingnya letak madu, tapi sebab takde madu so letak aiskrim).. 
4. SIAP UNTUK DIMAKAN.. :)


sumber : youtube & facebook

Wassalam





RESEPI MILO BOWL CAKE RESEPI MILO BOWL CAKE Reviewed by MasturaDin on September 01, 2015 Rating: 5

11 comments:

Powered by Blogger.