JUS DAUN BELALAI GAJAH


Assalammualaikum Dunia...Cuti-cuti ni, biasa nya dipenuhi dengan aktiviti makan dari celik mate sampai pejam mate.. So nak mengelakkan berat badan naik dan untuk membuang segala sisa toksik dalam badan, kite amalkan minum jus daun belalai gajah bersama epal hijau.. Yup, kesan penghadamannya sangat menakjubkan..semakin banyak kite makan, semakin banyak yang keluar.. tak jadi darah daging hokay!!.. hehe.. jom kite sharekan bahan & cara menyediakan jus daun belalai gajah bersama epal hijau...

JUS DAUN BELALAI GAJAH



jus daun belalai gajah, jus epal hijau, khasiat belalai gajah, khasiat daun belalai gajah, detox



Bahan-bahan

20 helai daun belalai gajah
1 biji epal hijau
1 gelas air mineral


Caranya 

1. Kesemua bahan diblender sehingga hancur dan tuang didalam gelas..
2.  Sedia untuk diminum...

**Seeloknya diminum sebelum sarapan..

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH

Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG). Ia mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia...Khasiat daun ini :-

1. Mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, 

2. Mengurangkan risiko salur darah tersumbat

3. Membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan


KHASIAT EPAL HIJAU

Epal hijau mampu membantu dalam mencegah :-

1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.




sumber : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130901/kn_02/Khasiat-daun-belalai-gajah
 http://blog.mohdisa.com/khasiat-epal-hijau.html

Wassalam

JUS DAUN BELALAI GAJAH JUS DAUN BELALAI GAJAH Reviewed by MasturaDin on August 30, 2015 Rating: 5

8 comments:

  1. Nice sharing..terima kasih ye..tak pernah cuba lagi bland dengan daun belalai gajah tu..

    ReplyDelete
  2. daun belalai gajah tu cmne pulak rupanya mas..tunjuk skit..nnti nk cri

    ReplyDelete
  3. daun belalai gajah tu cmne pulak rupanya mas..tunjuk skit..nnti nk cri

    ReplyDelete
  4. x pernah tgk daun belalai gajah ni.. hehe

    Entry terkini "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"




    ReplyDelete
  5. bagus jus ni....KG mmg suka buat jus2 ni...

    ReplyDelete
  6. saya dah makan daun belalai gajah. Tapi rasa macam di tipu!

    daunnye kecik! tang mana belalainya, tang mana gajahnya?

    kikikiiiii
    jgn marah da....

    ReplyDelete
  7. menarik! rasa macam pernah dengar sebelum ni daun belalai gajah. lepas ni kalau jumpa boleh la try hehe

    Aishah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.