Assalammualaikum dan Selamat Petang...Dalam era modenisasi ini, telefon bimbit kini sudah menjadi seperti suatu yang wajib dimiliki oleh setiap manusia didunia ini... Tak kiralah dari orang dewasa sehingga ke kanak-kanak usia 2-3 tahun pun ada telefon bimbit sendiri...
Uish, dah macam nak buat karangan bahasa melayu SPM pulak "introduction" ni... hihi...
Motif entri kali ini sebenarnya nak bagitahu dalam kekalutan, kecepatan nak pergi kerja pagi tadi boleh pulak tertinggal telefon... aishhh lah...dalam kereta selongkar-selongkar beg tak jumpa... memang sah tertinggal tapi tak ingat kat bilik @ dekat ruang tamu...wuarghhh.. terasa dunia tetiba gelap gelita... hahaha ..hover sangatt ayat tu...
Kenapa telefon bimbit penting dalam kehidupan seharian MD???
Kenapa telefon bimbit penting dalam kehidupan seharian MD???
1. tiada telefon, whatsapps berasap pasal seharian tak baca...2. tiada telefon, telegram tak boleh buka kat PC, pasal kod dihantar ke telefon...
3. tiada telefon, facebook pon tak boleh bukak kat PC, pasal haritu gatal sangat tangan pi bubuh security kod...security kod dihantar ke telefon juga...
Konklusinya, hari ini serius mati kutu sebab tiada telefon... hahaha.. ini semua duniawi sahaja...
Wassalam
Wassalam
Hehehe takleh nk kata apalaaa bila takde phone..hadoii..
ReplyDeletetakde phone emmm....jadi ayam berak kapur lah..
ReplyDeletehp mak saya penuh dengan security code. hahaha. kadang2 mak sendiri pun geram dengan security code... susah kadnag2 xde hp...
ReplyDeletedalam seminggu kena buat 1 hari tanpa telefon bimbit
ReplyDeletejgn kata sehari...3 min x tgk telefon hati rasa x tenang
ReplyDeletehahahah.....bertapa pentingnya henpon kan mas
ReplyDelete