Assalammualaikum Dunia... Lama sudah tak bersiaran disini kan.. Kali ni MD nak share dengan korang semua 5 menu makanan Malaysia yang boleh bikin hati sesiapa saja jatuh cinta bila melihatnya.. Yes, termasuk diri ini...hihihi... baru tengok je terus terliur dan terasa nak order...betul tak?... Kalau korang nak tahu apa 5 menu makanan Malaysia yang menjadi kegemaran ramai ni dan kedai makan yang menjualnya jom kita layannnnzzz...
5 Menu Makanan Malaysia Yang Boleh Bikin Hati Sesiapa Saja Jatuh Cinta!
#1 - Nasi Lemak @ Nasi Lemak Wanjo
Nasi Lemak Wanjo |
Lauk-pauk yang dihidangkan di sini juga berbagai. Dan antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah
sambal sotong, ayam goreng, sambal paru, rendang ayam dan lain-lain lagi.
sambal sotong, ayam goreng, sambal paru, rendang ayam dan lain-lain lagi.
Sesiapa yang makan di sini semestinya akan mengambil lebih daripada 1 jenis lauk disebabkan terdapat
pelbagai pilihan.
Alamat: Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)
#2-Nasi Dagang @ Nasi Dagang Atas Tol
Nasi Dagang Atas Tol |
Nasi dagang merupakan
makanan Malaysia dan Thailand Selatan. Ianya dihidangkan dengan nasi lemak
kukus yang dimasak dengan santan kelapa dan biji halba yang memberikan aroma
yang unik kepada nasinya.
Lauk-pauk yang biasa
dinikmati bersama hidangan ini ialah telur rebus, kari ikan, jeruk sayuran dan
rendang ayam dan daging. Makanan ini banyak dijual di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia dan juga Thailand Selatan.
Alamat: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: setiap hari kecuali Isnin dan Selasa (6.30 am – 11.30 am)
#3-Tomyam @ Restoran Rosdet Tomyam
Tomyam Rosdet Chow Kit |
Tomyam merupakan sejenis
sup yang berasal dari Thailand dan cukup popular. Untuk memasak tomyam,
kena pastikan rasanya pedas masam dan juga pekat. Tomyam berisikan ayam yang
dipotong kecil-kecil ini dikombinasikan bersama rempah serta serai, daun limau
purut halia dan juga cili.
Restoran Rosdet Tomyam
yang bertempat di Chow Kit ini sememangnya terkenal dengan masakan Thai yang
asli. Dan antara menu lain yang turut memikat para pelanggan di sini ialah
Siakap Tiga Rasa, Tomyam Seafood, Lidah Masak Merah dan Lala Masak Pedas.
Alamat: 5, 160, Jalan
Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Waktu Operasi: setiap
hari kecuali Isnin (2.30pm - 1.30pm)
#4 - Nasi Briyani @ Nasi Briyani Haji Tamby
Nasi Briyani Haji Tamby |
Nasi briyani merupakan
nasi campur dari India yang dimasak menggunakan beras basmathi dan diadun
dengan pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan juga sayuran. Yang
uniknya tentang kedai makan ini adalah anda dapat menikmati nasi secara
percuma, anda semua hanya perlu bayar harga lauk-pauknya sahaja.
Ini kerana pemilik kedai
ini percaya dengan janji Allah yang kita tak akan miskin dengan
bersedekah.Inginkan makanan lain selain nasi beriani? Di kedai ini juga
terdapat roti tisu, nasi mandy dan juga murtabak.
Alamat: 73, 55, Jalan PJ
1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap
Hari (9.00 am – 4.00 pm)
#5-Roti Canai @ Roti Canai Kayu Arang
Roti Canai Kayu Arang |
Roti Canai adalah
sejenis roti leper India yang boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di
Malaysia. Kedai mamak terkenal dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran
Tamil Muslim yang telah lama menetap di Malaysia.
Roti Canai juga dikenali
sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak.
Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai
dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak
seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh
dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari
makanan manis.
Roti Canai Kayu Arang di
mana anda sekeluarga dapat menikmati hidangan roti canai yang lain daripada
yang biasa dinikmati. Seperti nama kedai ini, roti canai yang disediakan
dibakar di atas dapur arang dan bukannya dapur gas seperti yang biasa ditemui
di kedai lain.
Selain roti canai biasa,
ada juga roti canai nachos, roti tampal, roti bom, roti telur dan banyak lagi.
Di samping roti, ada juga menu lain untuk memuaskan perut yang lapar seperti
nasi lemak, aneka kuih-muih dan lain-lain lagi.
Alamat: 459, Kampung
Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Boleh Order Guna Foodpanda Untuk Jimatkan Masa Dan Tenaga
Menu makanan di Malaysia ni kalau nak disenaraikan memang banyak. Tersangat banyak! Saya sendiri
ada bermacam jenis makanan kegemaran. Susah nak buat pilihan sebab memang ada banyak sangat.
Mungkin kerana pengaruh penduduk majmuk yang ada maka makanan juga jadi bertambah banyak
untuk di pilih.
ada bermacam jenis makanan kegemaran. Susah nak buat pilihan sebab memang ada banyak sangat.
Mungkin kerana pengaruh penduduk majmuk yang ada maka makanan juga jadi bertambah banyak
untuk di pilih.
Walaubagaimanapun, nasi lemak tetap menjadi pilihan no 1 rakyat Malaysia. Nasi lemak ni semua
bangsa makan malah pelancong luar juga turut jatuh cinta. Salah satu nasi lemak yang popular adalah
nasi lemak antarabangsa.
bangsa makan malah pelancong luar juga turut jatuh cinta. Salah satu nasi lemak yang popular adalah
nasi lemak antarabangsa.
Apa yang lebih menariknya lagi, nasi lemak makanan kegemaran ni turut boleh di order secara online.
Salah satu pihak yang sudah sinonim dengan penghantaran untuk nasi lemak delivery adalah Foodpanda
Malaysia.
Salah satu pihak yang sudah sinonim dengan penghantaran untuk nasi lemak delivery adalah Foodpanda
Malaysia.
Tak perlu nak keluar rumah. Tak perlu nak risikokan diri sendiri. Tak perlu nak buang masa dan tenaga.
Buat pesanan kemudian biar Foodpanda bantu hantar makanan sehingga ke depan pintu.
Buat pesanan kemudian biar Foodpanda bantu hantar makanan sehingga ke depan pintu.
Wassalam
Terus terasa nak masak nasi lemak untuk berbuka hari ini..
ReplyDeleteWanna taste this delicious cuisines.
ReplyDelete