Assalammualaikum Dunia… Hati ni dah lama sangat teringin nak pergi bercuti… Niat dari lepas kahwin lagi… Masa tu tahun 2017 Faiq tak wujud lagi sampai lani tahun 2019 Faiq dah nak masuk 9 bulan pun… lama tak lama dah dekat 2 tahun jugaklah… hahahaha… Memandangkan 2nd Anniversary kitorang bulan April ni so plan naklah tunaikan hasrat berhoneymoon bersama Faiq…hihihihi… Ada satu tempat ni yang MD teringin sangat nak pergi.. dalam Malaysia je… nak keluar Negara, tabung holiday tak penuh-penuh… hohohoho… Rasa macam nak ajak Pak Faiq pergi survey dekat Matta Fair KL 15 – 17 Mac 2019 nilah… Jom korang…hehehehe…
PAKEJ BAJET PERCUTIAN KE LANGKAWI 2019
MATTA FAIR 2019 |
Korang pun tahukan Matta Fair ni
event yang diadakan setiap tahun bagi memudahkan kita sebagai rakyat Malaysia
untuk merancang percutian dengan tawaran-tawaran
menarik dan harga yang berpatutan… Pernahlah dengar Usu bercerita experience
dia pergi Matta Fair… Memang banyak Matta Fair Promo
yang ditawarkan… Kita jelah sebagai pelanggan kena pandai memilih dan membuat
keputusan yang tepat dalam membandingkan harga dan pakej-pakej percutian yang
ditawarkan antara satu travel agensi dengan travel agensi lain … Tapikan kot
kot lah nanti macam tak berapa rajin nak pergi Matta Fair 2019 ni, (almaklumlahkan
ada anak kecik ni nak pergi tempat gitu agak berchenta sikit)… so MD rasa
google jelah penyelesaiannya… hihihihi…
Dah kalau google, website travel
yang MD familiar ialah Traveloka… Traveloka merupakan online platform yang
menawarkan harga tiket dan rate hotel yang murah hanya dihujung jari saja… Dengarnya,
Traveloka ada nak buat kempen Traveloka Saleabration dalam masa beberapa hari lagi…
Macam menarikkan… tak sabar nak tunggu kempen tu nanti… Haih,bila dah nama
kempenkan haruslah harga ditawarkan tu dah tolak diskaunkan… Agak-agak berapa %
diskaun yang ditawarkan kan…?.. Makin tak sabar rasanya nak tunggu Traveloka
Saleabration ni… hihihi…
Traveloka Saleabration |
Bukan apa, MD teringin sangat nak
pergi Langkawi...adududu... 33 tahun hidup tak pernah jejak langsung
Langkawi...sob sob... Sementara nak tunggu survey dekat Matta Fair 2019 15
Mac2019 ni (kalau rajinlah), kite survey dulu dekat Traveloka Saleabration ...
Tentu ada pakej menarik dan promosi harga kalau book Top Packages
Destination... Even sebelum Saleabration berlangsung pun yang MD dah survey
untuk Top Packages Destination 3 hari 2 malam 2 dewasa 1 bayi termasuk hotel
dan tiket kapal terbang (saje try business class) paling murah RM 300++ je kot…
harga pakej masih dalam bajet tu…Hencik Suami ON tak ON?... Hehehehe
Harga hotel dan flight ke Langkawi |
Seronoknya kalau kite pilih Top
Packages Destination ni, pihak Traveloka ada sediakan sekali cadangan tentatif
idea aktiviti kite sepanjang bercuti tau contoh macam kalau MD pilih Langkawi
Tour Packages untuk 3 hari tu dah ada aktiviti apa yang perlu dibuat… So kite
tak perlu nak pening-pening, terbangak-bangak mana tempat nak tuju…tambah-tambah
kalau pertama kali datang…
Antara idea aktiviti yang dicadangkan oleh Pihak Traveloka jika ke Langkawi
Hari pertama
1 1.
Tiba di Langkawi International
Airport dan kereta sewa sedang menanti. Drive ke hotel, check in dan rehat.
2 2.
Tempat pertama yang perlu dilawati,
Kereta Kabel dan Sky Bridge. Jangan lupa ambil banyak gambar bila berada di
Bukit Cinchang.
3.
Makan malam di restoren seafood di Pantai
Cenang.
4.
Balik hotel dan rehat
Hari kedua
1.
Selepas breakfast di Hotel, pergi
Eagle Square untuk Langkawi trip photo.Jangan lupa bergambar dengan burung
Helang Besar.
2.
Di Eagle Square ada banyak stalls
dan jangan lupa try laksa disitu.
3.
Seterusnya pergi ke Makam Mahsuri
and beli cenderahati disitu.
4.
Balik ke hotel.
Hari Ketiga
1.
Lawati Pulau Payar untuk mandi manda
dan snorkeling disitu seharian.
2.
Balik hotel dan rehat.
Selain daripada tu, kelebihan lain
yang ada dekat Traveloka ni bestnya sebab :-
KENAPA TRAVELOKA MENJADI PILIHAN?
1.
Tiada
caj tersembunyi
- Harga yang tertera di website termasuk semua cukai yang
dikenakan, surcharges dan payment fees. Maksudnya tiada cas tersembunyi yang
dikenakan kepada pelanggan.
2.
Perbandingan
harga yang rendah ditawarkan dengan Traveloka App.
- Download Traveloka App untuk mendapatkan harga bilik yang
terbaik dan promosi menarik.
Traveloka ada menyediakan Best Price Guarantee kepada para
pelanggannya…
“Kalau kita sebagai pelanggan dah booking
di Traveloka then dapati ada website lain yang menawarkan harga lebih rendah
berbanding mereka, kita boleh claim kerugian kita…”
3.
Real
Guest Reviews
- Mendapat lebih kurang 2,000,000 review dari para pelanggan.
Ni boleh membantu kita dalam membuat keputusan yang bijak.
4.
Jaminan
penginapan
- Ni pun salah satu kenapa MD pilih Traveloka. In case dalam
masa kite booking bilik hotel then tetibe ada masalah dengan booking tu, pihak Traveloka akan
mencadangkan hotel yang lebih kurang sama tanpa caj bayaran dikenakan atau
jaminan wang dikembalikan.
5.
Pelbagai
pilihan bayaran
- Bagi transaksi pembayaran pula, boleh membuat bayaran
melalui credit card,debit card, online internet banking atau di 7eleven tanpa
servis caj.
6.
Diskaun
Istimewa
- Diskaun istimewa hotel rates ditawarkan kepada flight
customers, newsletter subscriber dan Traveloka members.
Masa nilah
MD sebagai pelanggan kena bijak dalam membuat perbandingan harga… tapi dalam
nak mencari yang murah jangan sampai terpedaya dengan mana-mana travel agensi
yang tidak diiktiraf yer… eh ni pesan kat diri sendiri tau…hehehehe…Nak lebih
selamat kalau rajin nak berjalan bolehlah ke Matta Fair 2019… Kalau macam
agak-agak tak berapa rajin nak berjalan kite tunggu je Traveloka Saleabration
ni online dekat telefon…Harap-harap sempatlah nak grab promosi Traveloka
Saleabration nanti... hehehehe…
Wassalam
terbaek ni :)
ReplyDeletedah lama tak pi langkawi...boleh lah survey kat traveloka.
ReplyDeleteboleh cuba traveloka nanti
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Last Mrs A bercuti ke Langkawi Disember 2016.
ReplyDeleteNext time kalau pergi lagi nak try jugaklah Traveloka ni ;-)
boleh la intai-intai traveloka kalau nak ke Langkawi nanti.
ReplyDelete