AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG DI BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR

Assalammualaikum Dunia... Sambungan dari entri >>> BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR PILIHAN BANI HARUN ... Disebabkan pihak Organizer (Usu & Poksu) tempah full pakej 2 hari 1 malam di Buyong Houseboat Tasik Kenyir, so pelbagai aktiviti riadah yang kitorang boleh buat...

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG DI BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR PILIHAN BANI HARUN 

17 November 2018 - Checkout The Serai Cottage Boutique Hotel pukul 7 pagi, breakfast & terus gerak ke Jeti Pengkalan Lawit, Kenyir... (Boleh pulak MD tersebut Liwat..memang kena bahan r dengan Hencik Somi.hahahaha)...  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit - 1 jam ke Jeti Pengkalan Lawit...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
SEMANGAT MENGANGKUT KAMBING 19KG UTK DI BBQ

Tiba di Jeti Pengkalan Lawit lebih kurang pukul 8.30pagi, MD dukung Faiq terus naik atas Buyong Houseboat... Sementara menunggu yang lain-lain sampai dan angkat barang, sempatlah MD snap gambar sekitar dalam Houseboat tu... hehehehe... Faiq mane?... Mase kat houseboat ni ramai yang nak jage dia..so Mak dia memang relax banyak...hahahaha...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
KHUSYUK MENDENGAR TAKLIMAT KESELAMATAN 

Sebelum Buyong Houseboat ni bergerak dalam pukul 9.30 pagi lebih kurang r, owner Cg Sabri memberikan sedikit taklimat keselamatan... Pastikan kalau nak menyelam ke, nak berkayak ke, nak naik bot ke, lifejacket kena pakai... Keselamatan harus diutamakan..hokay!!.. Kite pergi bercuti ni nak enjoy,seronok seronok dengan family, kang jadi kes lain pulak...tak memasal kannn...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
LIFE JACKET DISEDIAKAN UNTUK AKTIVITI AIR

POSING ACAH-ACAH MODEL..HEHEHE

Yeayy, bermulalah percutian 2 hari 1 malam Bani Harun bersama Buyong Houseboat Tasik Kenyir... Destinasi pertama kitorang adalah Taman Herba... Dalam sejam jugak berhenti lepak dekat Taman herba ni... Niat memula nak join sekali naik ke Taman Herba, tapi apakan daya Faiq buat "kuih" pulak time ni... hahahaha... bile dah tertinggal dengan yang lelain, automatik rasa malas dah nak gi...hehehehe...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
TAMAN HERBA TASIK KENYIR


buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah


FAIQ DENGAN OYANG KAT HOUSEBOAT SEMENTARA YANG LAIN KE TAMAN HERBA

Perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Sungai Lasir (tempat kami bermalam) yang mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai... Kami tiba di Sungai Lasir pada jam 12.30pm... Sepanjang perjalanan, pelbagai aktivit yang dilakukan.. Bagi kaum ibu, haruslah didapur memasak sajian tengahari... Anak-anak ada yang bermain eno card, congkak, carrom (congkak + carrom memang disediakan dalam Buyong Houseboat) dan berkaraoke...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
SUNGAI LASIR

CHEF ASAM PEDAS IMPORT DARI JOHOR

AIR KELAPA LAUT MANJAVA MENJADI MINUMAN SEPANJANG DI HOUSEBOAT..BELI DENGAN BLOGGER SHUHAIDA KABDY.... MEMANG BERBALOI


MELAYAN PERASAAN SESORANG MEMIKIRKAN MASA DEPAN...HEHEHE

BERKARAOKE

Disebelah petang, agak-agak cuaca dah redup, kaum adam dan kanak-kanak mula menjalankan aktiviti air... Dorang pi air terjun Lasir menaiki bot dan ada jugak yang menaiki kayak dan sampan... Untuk pengetahuan korang, Buyong Houseboat menyediakan 3 motorboat, 2 kayak dan 2 sampan untuk aktiviti riadah...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
AIR TERJUN SUNGAI LASIR

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
BERKAYAK DAN BERENANG

MODEL CILIK

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
NAK KE AIR TERJUN PERLU MENAIKI BOAT @ KAYAK @ SAMPAN

BOATMAN

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
JIRAN SEBELAH... 

Bile dah puas main air, perut pun jadi laparkan..so petang tu kitorang berBBQ pula untuk makan malam...hehehehe... Plan asal nak buat aktiviti malam tu dekat balkoni depan Buyong Houseboat tapi apakan daya...hujan rahmat turun membasahi bumi... hah ghiteewww...Maka tempat untuk aktiviti makan-makan, cabutan bertuah dan pemberian doorgift ditukarkan ke dapur... hehehehe...

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
DAH PUAS MANDI BERBBQ PULAK

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
PENYEDIAAN WEDGES DAN COESLAW... SOS CHEESE DARI CHEESE BOM..SERIUS PEDAS

KEBAKARAN KECIL SEWAKTU MENTERBALIKKAN KAMBING

SEMPAT BACAAN DOA SEBELUM HUJAN MEMBASAHI BUMI

MENU MALAM


MODEL-MODEL BBQ



ASAM PEDAS & PATIN TEMPOYAK

KUIH MUIH

BERALIH KE DAPUR 


HADIAH-HADIAH CABUTAN BERTUAH


buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah
PEMBERIAN DOORGIFT OLEH ORGANIZER


PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK CABUTAN BERTUAH

KECERIAAN DIWAJAH ATOK

NI MD DAPAT

DOORGIFT 


Selesai makan-makan, ada antara kaum adam yang memancing ditepi-tepi houseboat tu... yang lelain pulak ada yang meneruskan lepak kat dapur dan ada kat ruang tamu atas menonton tv, bermain pie face, eno card, congkak dan carrom... Dalam pukul 11 macam tu ada yang dah start tidur...

MAEN CARROM KE TU?

PIE FACE

buyong houseboat tasik kenyir, air terjun lasir, taman herba tasik kenyir, aktiviti riadah, pie face
MANGSA

CONGKAK

SERONOK FAIQ RAMAI MELAYAN

DIKHABARKAN DAPAT SEKOR IKAN..YE KE TAK NTAH...

Esok pepagi tu MD ade cerita lucu... masa nak keluar toilet boleh pulak pintu takmo behave...tak boleh bukak...hahahaha... memula panggil slow-slow je...siap gelak sorang-sorang lagi dalam tu...hahahaha...adehlah...dalam 5 minit camtu baru try jerit kuat-kuat mintak tolong sesape kat luar bukakkan pintu...lame gak jerit tu baru ada respon...hihihihi... Alhamdulillah ...TenQ yer kepada penyelamat...pintu buat hal pepagi...naseb tak kena mase pukul 2,3 pagi...naya...hehehehe...

Pagi tu breakfast nasi lemak ada, roti ada, western ada... kira breakfast tu merangkumi makan tengahari sampai balik...lepas breakfast memasing tak lepaskan peluang beraktiviti air sebelum Buyong Houseboat bergerak balik...

BREAKFAST


MANDI MANDA SEBELUM BALIKKK

SEMPAT TOK AYAH NAIK SAMPAN

PERSIS MODEL BOAT

BUYONG HOUSEBOAT DARI TEPI

Buyong Houseboat bergerak balik ke Jeti Pengkalan Lawit pukul 12.00 tengahari macamtu... memang puaslah memasing main air... Sepanjang perjalanan balik, masing-masing menunjukkan skill berkaraoke...hehehe... Sampai di Jeti Pengkalan Lawit lepas salam-salam semua, kitorang bersurai ke destinasi memasing... Ade yang balik KL terus, ade yang balik Kijal, ade yang balik Pekan dan ade yang menyambung cuti di Terengganu...

BYE BYE SUNGAI LASIR


MENUNGGU SAMPAI SEMULA DI JETI PENGKALAN LAWIT
LAST POSING ATAS BUYONG HOUSEBOAT

BYE BYE KENYIRRR

Alhamdulillah... berjaya juga Usu & Poksu organised family gathering ni... Tujuan utama gathering ni nak bawak Atok bercuti...lama dah dia tak jejalan makan angin... terserlah keceriaan diwajahnya melihat anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit berkumpul bawah satu bumbung... Seronok sangat rasa... In shaa Allah ade rezeki lain kite plan next destinasi pulak... Siapa nak jadi organizer?... Tunggu.....!!!







Wassalam

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG DI BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG DI BUYONG HOUSEBOAT TASIK KENYIR Reviewed by MasturaDin on November 29, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.